KEK KUKUS BELANG

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, kembali bersua pada malam ni..terima kasih banyak pada kawan-kawan yang sudi singgah sini dan tinggalkan komen..pada pengunjung semua juga tidak dilupakan..terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang tidak seberapa ini..

Okey la, malam ni aku mau kongsikan tentang entri kek kukus yang aku  buat petang tadi iaitu Kek kukus belang..ni kali kedua aku buat..pertama kali tu buat untuk edisi tempahan..yang ni pula aku buat untuk jualan..boleh la makan sepotong dua sikit..hehe, ambik kesempatan kan..huhu..teksturnya lembut dan sangat gebu..aku buat perisa coklat dan pandan..resepi adalah hasil intai blog SuryAbil..thanx kawan, sudi kongsi resepi ni..resepi asal adalah dari Norlida Arshad..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK KUKUS BELANG
 Kek ni memang sedap..minum petang sambil makan kek..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Bagi yang ingin tahu resepinya..jom kita semak dibawah ni ya..

RESEPI: KEK KUKUS BELANG
SUMBER: SURY ABIL
RESEPI ASAL: NORLIDA ARSHAD
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
3 cwn tepung gandum  }
1 sk baking powder     }ayak
1/2 sk soda bikarbonat }

2 sm serbuk koko - dibancuh dengan air panas

BAHAN B:
3 biji telur
1 1/4 cwn gula halus
130 g butter
250 ml susu cair
sedikit esen vanila

Sedikit pandan paste
Sedikit pewarna hijau

CARANYA:
  1.  Panaskan kukusan.
  2. Blend semua bahan B hingga kembang.
  3. Tuang  bahan yang diblend ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan tepung dalam bahan yang telah di blend tadi dan gaul sebati.
  5. Bahagi adunan kepada dua bahagian, 1 bahagian campur dengan bancuhan koko. 1 bahagian lagi tambahkan dengan pandan paste + pewarna hijau.
  6. Masukkan adunan dalam loyang yang telah digris dengan minyak secara berselang seli. ( aku buat 3 sudu makan adunan hijau,3 sudu makan adunan coklat )
  7. Ulangi hingga adunan habis. Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil untuk elak air menitis atas kek.
  8. Kuku selama 1 jam.
-Selamat mencuba-



 Boleh rujuk gambar di atas ni ya..


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah semuanya, sampai sini saja dulu entri aku untuk malam ni ya..perut aku ni mula menyanyi sudah ni..lapar..mau makan malam dulu..jumpa lagi di lain entri..thanx banyak baca entri ni..babai..chow..sekian.

10 comments:

  1. Assalam wana..nampak lembut dan sangat moist tektur kek ni..
    Mesti sedap kan harum ngan aroma pandan tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak lina..betul kak kek ni sangat lembut dan moist..sedap dengan gabungan rasa pandan dan coklat.

      Delete
  2. As salam wana..
    wahhhh....sedapnye,gebu gebas gitu..warna pun menyelerakan...nk sepiring boleh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak bad..tq kak..heheh, nak dua piring pun boleh..

      Delete
  3. nampak sangat lembut dan gebu...sedapnya jika makan bersama teh o panas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kan kek..memang sedap makan kek ni sambil menikmati minuman panas kegemaran..hihi..

      Delete
  4. Assalamualaikum wana..kek klu dikukus mmg sedapkan wana...nampak gebu lah wana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak uj..betul tu kak..kek kukus memang sedap kan..apapun tq.

      Delete