KEK COKLAT KUKUS SIMPLE versi KONTENA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semuanya..alhamdulillah kita bersua lagi pada petang hari ni mau kongsikan satu entri tentang Kek coklat kukus simple versi dalam kontena pula..setelah beberapa entri sebelum ni asyik join Ga/Segmen ja..hehe, jangan marah dan jemu ya..doakan la aku bertuah dalam banyak-banyak Ga/Segmen yang aku join tu..

Okeylah, sebenarnya kek ni aku buat masa jualan karnival serbaneka yang aku join tempohari..aku buat dalam kontena kecil..sesuai makan dalam bentuk individu..memudahkan makan dan lebih praktikal serta jimat..^_^..alhamdulillah jualan kek dalam versi kontena kecil ni sangat-sangat mendapat sambutan dari pelanggan..syukur sebab semuanya habis dijual..nampaknya lepas ni aku akan buat la lagi macam ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT KUKUS SIMPLE
Lagipun kebanyakan peniaga kek sudah lama buat macam ni..aku saja yang tertinggal keretapi..huhu..sebenarnya bukan apa, untuk dapatkan bekas kontena ni susah sikit sebab selalunya habis stok..nasib baik aku pegi time tu ada stok..jadi, dapat la aku buat kek dalam bekas yang comel ni..

Untuk resepi kek, aku intai dari blog Anna Qawina..apapun, thanx ya share resepi..aku ingin panjangkan pula di sini untuk tatapan teman-teman dan pengunjung SRC sekalian..jom semak!! ^_^

RESEPI: KEK COKLAT KUKUS SIMPLE
SUMBER: ANNA QAWINA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn gula kastor/halus
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak/jagung
1 cwn susu cair
3 biji telur gred B
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
1 cwn air panas
Coklat rice- untuk hiasan atas kek

CARANYA:
  1. Panaskan pengukus.
  2. Campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati dan masuk air panas. Putar lagi.
  3. Tuang adunan dalam acuan/bekas kontena
  4. Kukus selama 45-60 minit.
  5. Boleh putar dengan handwhisk.
TOPPING GANACHE SIMPLE:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
1 sb minyak masak
  • Masukkan semua bahan dalam periuk dengan api yang kecil. Panaskan dan kacau bahan hingga semuanya sebati.
  • Tuang atas kek yang telah sejuk
  • Taburkan dengan coklat rice
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com


Ni adalah kek yang telah siap dikukus dan dalam proses penyejukkan sebelum di tuang dengan topping coklat.


Bagi yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan mengenai produk kuih-muih kami, sila email atau terus saja hubungi talian yang tertera ini untuk info lebih lanjut ya. 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq.

Sekian entri untuk petang ni..jumpa lagi - wasalam -

9 comments:

  1. Kek yang terlajak larissssss.....

    ReplyDelete
  2. suka buat kek macam ni,mudah dan senang nak makan.

    ReplyDelete
  3. Salam..Anak2 K.atie pon suka kek coklat gak..mmg sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek coklat memang banyak yang suka kan kk..terutama budak2.

      Delete
  4. Assalam tuan punya blog,
    Jika nak beli kontena simpan kek cek di blog saya http://www.dhilcontainer.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Resepi ni untuk berapa kontena?

    ReplyDelete