MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua teman dan pengunjung blog Sweet red cherry tersayang..semantara tengah rilek-rilek ni aku mau konsikan satu entri mufin yang aku buat pada minggu lepas iaitu Mufin coklat oreo ( eggless )..mufin ni sangat sesuai bagi mereka yang alah pada telur..sebab bukan semua orang boleh makan telur..ada yang alahan jika makan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )
Untuk resepi, aku gunakan resepi eggless coklat cake, tapi maaf la ya sebab aku nda ingat dari mana aku cedok resepi ni..apapun, thanx atas perkongsian resepi ni..untuk lebih sedap aku tambahkan dengan biskut oreo yang di patahkan kecil-kecil dan tabur atas mufin..kebetulan aku ada stok biskut oreo..hehe..jom semak resepi..

RESEPI: MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )
DIBUAT OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/3 cwn minyak masak/butter cair
1 cwn air suam
1 sb jus lemon
1 sk esen vanila
Hiasan: Biskut oreo yang dipatahkan kecil

CARANYA:
  • Campurkan semua bahan-bahan kering dalam mangkuk. Kemudian campurkan semua bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul dengan whisk hingga semuanya sebati.
  • Tuang aduanan dalam papercup 3/4 cup mufin.
  • Taburkan dengan oreo.
  • Bakar suhu 170'C selama 25-35 minit.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tekstur mufin agak moist..memang sedap dan layan makan mufin coklat kan..apalagi ada oreo..em, nyum-nyum..hehe..buat pun senang ja..hanya guna handwhisk..godek-godek kejap dah siap..sesuai juga dijadikan sebagai breakfast untuk anak-anak..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semuanya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..jumpa lagi di entri yang lain pula ya..selamat bertugas pada anda yang bekerja dan selamat beristirehat pada teman yang tengah duduk rumah tu ya..hehe..bye, sekian.

20 comments:

  1. Salam wana..ama x snggh sini..sedapnya kek tu wana..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga yana..thanx singgah sini dear..hihi..jom makan mufin..nyum2..

      Delete
  2. aduhaiii... sedapnye.. lapar lah pulak... haha...

    ReplyDelete
  3. kak su nak cuba buat untuk anak lah.nampak menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey..nanti kak su try buat untuk anak kak su pula ya..

      Delete
  4. mapin pun ada gak style eggless...nampak sedap wana..tambah lak ada oreo..lagi lah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..mufin pun ada eggless juga..hihi..sedap mufin ni kak..nyum2..

      Delete
  5. aduh Bbwana...beliur bah tengo..tmbh lg ada biskut kesukaan tu..

    ReplyDelete
  6. huhuu..suka suka suka klu yg eggless nii..jimat telur hikhikk.. nnt nak try jgk :-)

    ReplyDelete
  7. memang tengah mencari resepi orea ni..banyak sangat oreo kat umah tak termakan.entri ni bagai pucuk dicita ulam mendatang..hiihii

    ReplyDelete
  8. wah,,msti sedap nie..
    singgah n done follow blog.
    http://ciksitionline.blogspot.com/2014/04/giveaway-tasbih-by-ayu-zan.html

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, takkan 3 ketul aja, cukup Ke tu? Klu kat Rmh akak mau berebut dibuatnya.

    ReplyDelete
  10. wahhhh..senangnya main bancuh2 jeee..macam besttttt je

    ReplyDelete