Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua pengunjung tersayang..panas betul cuaca pada petang ni kan..nda sanggup mau keluar rumah masa sekarang ni..huhu..lebih baik duduk rumah lepak depan tv tengok channel kegemaran..heheh..^_^
Okey la, hari ni aku mau kongsikan entri resepi Cheese cake seperti yang pernah aku janjikan tempohari..sudah lama mau kongsi tapi asyik tertangguh saja..kek ni aku buat masa birthday my sis bulan lepas..kek ni sangat-sangat moist teksturnya..dan semestinya sedap..buat 'cheese cake lover' memang sesuai makan kek ni..nyum-nyum..lebih sedap dimakan sejuk..ada umph!!!
Resepi cheese cake ni aku intai dari Syapex kitchen..terliur sangat tengok cheese cake dengan topping blueberi tu di blog beliau..tapi, cheese cake yang aku buat ni tidak bertoppingkan blueberi..oleh kerana cream cheese leleh aku masi berbaki dalam peti sejuk maka aku buat ala-ala 'cheesecake salji'..memang top!!
Ni rupa kek yang telah masak dan sedang disejukkan..untuk pengetahuan resepi asal adalah dari Kak Lina_Pg..untuk resepi boleh rujuk di bawah ni ya..jom semak..
RESEPI: CHEESE CAKE
SUMBER: LINA_PG/SYAPEX KICTHEN
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
200g cream cheese ( aku guna 250g )
400ml susu segar @ 1 tin susu cair
100g mentega
100 g tepung gandum
100g gula halus
4 biji telur gred A
1 sk esen vanila
1 sk jus lemon ( optional )
CARANYA:
- Masuk susu segar dalam periuk. Masuk cream cheese hingga cair sambil dikacau guna handwhisk. Masuk butter, kacau hingga cair, padam api. Ketepikan.
- Asing putih & kuning telur. Pukul putih bersama gula hingga jadi meringue.
- Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masuk adunan cheese, kacau seketika. Masuk tepung sedikit demi sedikit, pastikan tidak berketul-ketul, guna handwhisk.
- Akhir, masuk meringue dalam adunan dan esen/jus lemon. Kaup balik.
- Sapu acuan dengan marjerin dan letak baking paper. Tuang adunan dalam loyang.
- Bakar kek suhu 160'c selama 50 min dengan kaedah steam-bath.
- Biar sejuk 10 min dalam loyang baru dikeluarkan dari loyang.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
Filling dan krim
- Filling blueberi secukupnya - tuang atas kek sebagai topping
- Fresh cream - sapu keseluruhan kek dengan fresh cream
Untuk krim:
250 g cream cheese
120 g susu pekat manis
50ml uht whip cream/susu full cream
Cheddar cheese - diparut dan tabur atas kek
- Putar cream cheese hingga lembut. Masuk susu pekat manis dan uht whip cream. Tuang cream atas kek dan taburkan cheddar cheese yang telah diparut.
-Selamat mencuba-
Kalau makan plain pun sedap juga..layan..
Baiklah, sampai sini saja entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di lain entri pula ya..thanx dan bye..sekian.
Assalam
ReplyDeleteYum yummm sedapnya
Kek yg lemak2 ni, nk sepotong blh
walaikum salam kak..hehe..boleh kak ambik ja..^_^
Deleteterliur lah kaknoor tengok kek ni BB..
ReplyDeleteheheh..kena lap air liur yang meleleh tu kak..hihi..jangan marah ya..gurau..
DeleteSalam...
ReplyDeleteOhhh...
Sgguh x than tgok topping cheese cake dia...
Meleleh abisss...
salam juga..hehe terima kasih..
DeleteBest 2...
ReplyDeletebest masuk mulut ni cheq da..
DeleteSalam...Sedapnyaaa mewah dgn cheese!!.Tp anak pompuan k.atie tak minat cheese lak... :D
ReplyDeletesalam kak.ya kek mewah dengan cheese..oh ya ka?ruginya x minat cheese..sedap oh..^_^
DeleteWah...ni dah triple cis ni...sedap bertingket2 la jawabnya...Basic kek pun dah guna rcp cis kek..layer ngan cis..tabur ngan cis...sangatlah heaven memakannya
ReplyDeletehehe..betul tu kak..dah triple cheese..memang heaven sangat makan..
Deletememang sedap kek ni,bestnya kalau dapat makan..
ReplyDeletea'ah..betul sedap kek ni kak su..rasa chez kek yang lembut ditambah dengan toping chez leleh tu memang yummy..
Delete