PROMO: KARNIVAL JUALAN SERBANEKA 2014 KEMBALI LAGI!!!

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Hai selamat petang diucapkan buat semua teman-teman dan pengunjung blog Sweet red cherry..hari ni aku mau buat promosi tentang Karnival Jualan Serbaneka, Kumpulan peniaga Facebook " Sipitang Rich Shop ". Buat pengetahuan semua, ini adalah kali kedua karnival ni di buat..pertama kali karnival ni dibuat adalah pada November 2013..kali  ni akan dibuat pada 05-06 April 2014 selama 2 hari berturut-turut..

Tujuan karnival ni diadakan adalah bagi membantu peniaga yang berniaga secara online mempromosikan produk mereka kepada orang ramai di luar sana..sekali lagi Sweet red cherry bergabung dengan House of Choco Bites dalam karnival tersebut..terdapat pelbagai jenis kek, cupcakes, apam dan coklat yang pelbagai bentuk akan dijual dengan harga yang istimewa..Tambah menarik lagi tahun ni kami bergabung dengan sepupu, Cyah di bawah nama RED JELITA bagi mempromosikan produk kecantikan dan pelbagai jenis tudung..bagi pelanggan yang tinggal berdekatan dengan kawasan Sipitang dijemput hadir bagi memeriahkan karnival tersebut. Lokasinya dan kedudukan gerai anda semua boleh tengok dalam banner dan peta  di bawah ni ya..

 

 Antara produk yang akan dijual di SRC..semua kek ni akan di jual dalam bentuk yang lebih kecil seperti dalam bentuk bar/bekas kecil/kontena dengan harga yang mampu beli..terdapat pelbagai kek yang tengah 'hot seller'..so, jangan lepaskan peluang untuk membeli kek kegemaran anda..





Antara produk di HCB, pelbagai bentuk coklat yang sedap dan comel-comel..menggunakan coklat yang berkualiti jenama Beryl's dengan harga yang sangat menarik..jom serbu HCB 'booth'..





Lagi jualan yang boleh didapati adalah jualan tudung dan produk kecantikkan yang akan dibuat oleh sepupu, Cyah..beliau telah menjadikan dirinya sebagai testimoni produk kecantikkan yang dijualnya..jom lihat produk dan hasilnya..










Jom dapatkan tudung dan produk kecantikkan esther dengan harga yang berpatutan..

Sekian, wasalam.

No comments:

Post a Comment