ROTI TELUR CHEESE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, semuanya dan selamat petang..hari ni nampaknya panas terik..tiada tanda-tanda hujan akan turun seperti kemarin..kemarin cuaca mendung dan hujan turun..syukur la..sekurang-kurangnya bahang panas ni sedikit berkurangan..

Petang-petang macam ni memang best kalau dapat makan sesuatu sebagai hidangan minum petang kan..bila pikir-pikir aku bercadang untuk membuat Roti telur cheese..lama sudah mau buat tapi baru terlaksana..hihi..bahan dan resepi pun sangat simple..yang penting memang sedap..erm..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
ROTI TELUR CHEESE
Memang sedap makan panas-panas..terasa cheese yang mencair di tengah roti ketika makan panas-panas..nyum-nyum..layan abis..buat sebagai minuman petang..best!!!!



Ini adalah antara bahan yang diperlukan..

RESEPI: ROTI TELUR CHEESE
OLEH: SWEET RED CHEERY

BAHAN:
Beberapa keping roti putih gardenia - potong bahagian tepi
Telur - dikocok dan letak sedikit garam
Cheddar cheese secukupnya - diparut

Minyak masak - untuk menggoreng

CARANYA:
  • Letakkan sekeping roti putih, taburkan parutan cheese dan letakkan sekeping lagi roti putih di atasnya.
  • Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
  • Potong bentuk segitiga dan Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan ketika panas.
-Selamat mencuba-

Boleh rujuk gambar di bawah ni..Senang kan..hihi ^_^



Waie & Putri pun suka makan..siap berebut lagi..hihi..

Okey la teman-teman semuanya, terima kasih banyak kerana berkunjung ke sini dan membaca entri ini hingga habis..sampai jumpa lagi di entri yang lain pula ya..daaaa...wasalam.

19 comments:

  1. anak2 saya suka beno dgn roti goreng telur ni,tp x pernah try guna cheese lg...mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak dengan tambahan cheese ni..nanti akak try la buat ya..

      Delete
  2. Assalamualaikum..yumyum...sedap dimakan panas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..hehe..betul tu kak sedap makan panas2 roti ni..yummy..

      Delete
  3. Assalam terimakasih berkongsi idea..
    selalu akak goreng dgn telur aje tak letak cheese, boleh dicuba next time..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..sma2 juga..try la buat next time kak..sedap makan dengan cheese yang meleleh..

      Delete
  4. salam BB, ada lagi roti dalam esbok esuk buleh buat macam ni cam sedap je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga kak noor..hah, bagus la kak boleh buat roti ni..hehe

      Delete
  5. esok kak su nak buat lah untuk sarapan pagi,thanks kongsi resepi ni .tentu sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 jga..ya kak memang sedap roti ni..try la nanti ya..

      Delete
  6. salam singgah .. bb kalau bab roti ni buat apapun memang makan hii nampak sedap resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..wani kena try buat tau nanti..sedap ni..

      Delete
  7. huhuu..roti chese meleleh..sedapnyaaa..hrus kna terai nii ^__^

    ReplyDelete
  8. Sedap ni buat minum petang

    ReplyDelete
  9. Huhu sedapnye..nak buatlah. kebetulan ada roti gardenia expired hari ini.

    ReplyDelete