Bila teringin makan pizza!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tiba-tiba teringin nak makan pizza..masalahnya kat kampung mana la ada restoran Pizza Hut..huu..nak buat sendiri memamg tak la..aku tengah berehat sekarang..tunggu kaki aku betul-betul sembuh..sebab nak begerak sikit pun kaki dah rasa sakit..urat kaki rasa tegang macam nak putus pun ada..sakit sangat..

Nasib baik my niece, bagi cadangan order pizza dengan kawannya yang kebetulan memamg buat pizza..okeylah rasa nak try juga dari pada takde..kang kempunan..huhu..


Alhamdulillah, dapat juga makan pizza..Kitorang order kat Danis Pizza..ada 7 pilihan pizza. Aku pilih Chicken. Selain tu ada mayo tuna, sardin brand, crab flavor, beef, vegetables dan prawn. Cuma ada satu saiz saja iaitu saiz 'regular' dengan harga RM20. Extra cheese caj RM2.

So, amacam? Ada yang terliur tak? Sedap juga pizza ni..lebih kurang macam Hawaiian chicken kat pizza hut..next time boleh order lagi..^_^


Bagi warga Sipitang yang teringin nak makan pizza boleh la tempah dan hubungi Danis Pizza..dorang ada buat 'service delivery' juga dengan caj RM3 hanya untuk area Sipitang. Korang boleh hubungi no hp yang tertera tu. Tapi bukan aku yang buat ya..aku tolong promo ja kot-kot ada sapa yang teringin nak makan pizza macam aku juga..hihi..

Sekian, assalam.

12 comments:

  1. Sedapnye...Kak Wana buat Cik Mimie teringin nak makan pizza jugak la..hehe

    ReplyDelete
  2. wah best makan pizza wana, akak pun dah lama tak buat pizza malas jugak, order lagi senang cepat je boleh makan kan

    ReplyDelete
  3. lama x singgah sini .. kaki wana sakit lagi ke ..semoga cepat sembuh ya.. faham... kalo sakit2 gini nak buat kerja susah... lama dah x gi restoran pizza hiii terliur lak

    ReplyDelete
  4. Assalam, terliur nmpk pizza ni..nti mw cuba oder :)

    ReplyDelete
  5. Ohhhh, datang2 dah meleleh air liur. Jadi teringin nak makan pizza pulak.
    Akak datang jengah Wana ni, sowi ye lama tak berkunjung. Slightly under the weather lah :)

    ReplyDelete
  6. woaaaah.. nampak macam sedap.. boleh kalahkan pizza hut..
    danis pizza sepitang.. hehehe.. pantang tengok pizza la Kak Wana..

    da tingin nak makan pizza.. acaner ni..

    ReplyDelete
  7. sesekali makan pizza macam nih sedap.. kat opis pun kekadang ada orang datang jual.. sedap jugak..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kalau ada macam ni kat kedah bestnya

    ReplyDelete
  9. oklah harganya . klu saya satu kotak tu mmg x cukup utk sederet tentera kat umah ni ... heheheee

    ReplyDelete
  10. nampak penuh juga isinya... menarik2... boleh cuba juga nanti :D

    ReplyDelete
  11. Waaah..menariknye piza nih..mcm sedap jerrr lapar plak tgk piza ni hehehe

    ReplyDelete
  12. Wana kan pandai buat. Boleh buat sendiri.

    ReplyDelete