KEK PANDAN MENTEGA SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Ambik kesempatan bersiaran pada hari jumaat ni sementara tunggu kek yang dibuat masak..hihi..lagipun kena tunggu sejuk baru boleh letak krim..ada order kek birthday so, aku mau publish kek yang aku buat pada minggu yang lalu iaitu Kek Pandan Mentega Simple..resepinya aku dapat hasil dari mengintai blog Mommy Ryan's Kitchen..suka skodeng situ sebab banyak resepi kek yang menarik dan senang dibuat..terutamanya kek..kek pun sedap rasanya..kredit diberikan pada Mommy Ryan's dan thanx sebab share resepi ya..
 
KEK PANDAN MENTEGA SIMPLE
Haa, jangan pula nampak pelik bila tengok ada warna kehitaman pada kek tu..tu bukan kulat okey..tapi tu adalah serbuk koko yang di ayak pada atas adunan kek sebelum di kukus..rupa macam nda cantik tapi rasanya sedap..untuk Loyang aku gunakan Loyang saiz 9 x 9. Mohon izin pada Mommy Ryan's untuk kongsikan resepinya di sini.
 
RESEPI: KEK PANDAN MENTEGA SIMPLE
SUMBER: MOMMY RYAN'S KITCHEN
OLEH: SWEET RED CHERRY
( LOYANG 5X6 )
 
BAHAN:
6 biji telur A
1 cwn tepung kek
1 cwn gula kastor
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
2 sachet nestum 3 in 1 ( original )
1 sk esen vanilla
250 g butter
sedikit perasa pandan + pewarna hijau
serbuk koko / milo ( untuk tabur atas kek )
 
CARANYA:
  1. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla. Terus putar.
  4. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan pukul sebati.
  5. Masukkan nestum 3 in 1. Putar kejap.
  6. Tuang adunan dalam Loyang, tabur koko dan kukus hingga masak selama 45-1 jam.
  7.  Tutup loyang dengan aluminium foil, untuk elak air menitis atas kek.
- Selamat Mencuba-
 

 

 
Baiklah kawan-kawan semua, aku mohon undur diri dulu ya..jumpa lagi nanti..babai..sekian - wasalam -
 

6 comments:

  1. Wow sedapnye..
    Nk cikit boleh...nnti kak nk trylh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..dah habis la kak..next time bleh datang sini ya kak..hehe..okey sila la try buat nanti.

      Delete
  2. sedap kek butter pandan ni...hiding time sarapan or minum petang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya rahel..sesuai la untuk sarapan dan minum petang kan..

      Delete
  3. Makan masa baru keluar oven, nyum nyum

    ReplyDelete