ROTI GULUNG KETAM

Assalamualaikum dan selamat petang..
 
Selamat berhujung minggu ya diucapkan pada semua pengunjung dan teman-teman semua..terus saja kita kepada entri yang ingin aku kongsikan pada hari ni iaitu menu yang sesuai untuk minum petang bukan saja sesuai untuk anak-anak tetapi sesuai juga dengan selera orang dewasa bagi pendapat aku..
 
Roti Gulung Ketam merupakan hidangan yang sangat ringkas dan mudah disediakan untuk minum petang..memang sedap..makan roti pastu ada isi ketam di dalamnya dan juga cheese..nyum-nyum..kalau suka rasa cheese yang kaw-kaw boleh la bubuh di dalamnya banyak sikit ikut kesukaan masing-masing..aku buat roti ni memang dapat sambutan keluarga..berebut-rebut makan..sampai ada yang komplen nda cukup makan..hihi..aku buat dalam 6 -7 ketul ja sebab kurang stok breadcrumb..
 
ROTI GULUNG KETAM
Resepi di kongsikan oleh Pn. Orked Abdullah..apapun, thanx ya kak atas perkongsian resepinya..kalau ingin tahu lebih lanjut resepinya ada dalam Majalah RASA edisi November..di sini aku juga ingin kongsikan resepinya dengan kawan-kawan semua..jom, check it out..
 
RESEPI: ROTI BERGULUNG ISI KETAM
SUMBER: PN. ORKED ABDULLAH
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
5 keping roti putih
5 batang jejari ketam
1 biji putih telur - pukul kembang
Keju cheddar secukupnya - diparut
Keju parmesan secukupnya ( aku x bubuh )
Serbuk roti secukupnya ( breadcrumb )-kuning
Minyak untuk menggoreng
 
CARANYA:
- Canai roti putih sehingga leper.
- Kemudian letakkan jejari ketam di atas roti bersama keju parmesan dan keju cheddar.
- Seterusnya gulung roti dengan kemas.
- Selepas itu, celup roti dalam bancuhan putih telur.
- Kemudian salut pula dengan serbuk roti secukupnya. Aku guna serbuk roti putih sebab tiada stok yang kuning punya.
- Akhir sekali, goring terendam sehingga roti garing. Angkat, tos dan sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.

-Selamat mencuba-





Sedap cicah dengan sos cili..makan panas-panas lepas di goreng memang mantap..so, boleh la try buat roti ni jugak..

Sampai sini saja dulu entri hari ni..see ya..sekian.

6 comments:

  1. Peberet anak2 klau buat mcm ni....tp guna sosej la...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna sosej pun sedap jugak kak, saya penah juga buat guna sosej ni..

      Delete
  2. sedap tu....kesukaan anak2juga nie.....

    ReplyDelete
  3. arghhh sdapnya.. K nt nak try.. huhu

    ReplyDelete