HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Selamat malam semuanya..hari ni agak lambat update blog..sebab siang tadi banyak kerja yang perlu buat dan ada beberapa urusan yang harus diselesaikan..so, tengah-tengah berehat ni boleh la masukkan entri baru dalam blog kesayangan aku ni untuk tatapan pengunjung SRC dan teman-teman semuanya..
 
Entri kali ni adalah entri yang sangat lama terperap dalam folder..entri yang terlepas pandang..bila di cek..rupanya aku belum lagi siarkan entri mengenai Hokkaido Chiffon Cupcakes ni..aku sangat tertarik untuk try buat cupcakes ni bila nampak kawan-kawan blogger siarkan mengenainya..macam-macam cara orang buat cc ni..so, aku pun google la..lepas tu aku nampak di blog Raihanna@Sweet Vanila..so, aku akan kongsikan resepinya di bawah tu nanti ya..
 
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
First time mencuba, hati memang berdebar-debar tengok hasilnya..maklumlah, aku belum ada experience buat kek/cupcakes chiffon ni..hasilnya bila masak memang naik cantik tapi lepas tu turun dan agak sedikit kecut..bak kata Raihanna, jangan panic atau risau sebab itu memang kejadiannya..itu tetap menjadi..pada Raihanna, thanx ya sebab share resepi dan aku ingin panjangkan pula resepinya di sini.
 
RESEPI: HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
SUMBER: RAIHANNA @ SWEET VANILA
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN A:
4 biji kuning telur
30 g gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
sedikit esen vanilla
55 g tepung gandum }
20 g tepung kastad   } satukan dan ayak 3x
1 sk baking powder  }
 
BAHAN B:
4 biji putih telur
80 g gula halus
1/4 sk garam
 
CARANYA:
( A ):
 - Satukan gula dan kuning telur dan kacau guna whisk. Kacau hingga putih.
 - Masuk minyak jagung, susu segar dan esen vanilla. Kacau.
 - Masuk campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga sebati.
( B ):
 - Pukul putih telur guna mixer dengan kelajuan high speed sampai kembang dan berbuih.
 - Masuk sedikit demi sedikit gula kastor. Pukul lagi hingga bertanduk. Satukan bahan A dan B.
 - Kaup balik. Kemudian tuang dalam bekas.
 - Bakar 170 degree selama 15-20 minit.
 - Sejukkan.
 
BAHAN CREAM CUSTURD:
1 sb tepung gandum
1 sb tepung kastad/jagung
4 sb gula halus
200 ml susu segar
1 biji telur + esen vanilla
1 sb mentega
 
CARANYA:
  1. Masuk tepung dan gula dalam periuk.
  2. Masuk 1-3 sb susu segar. Kacau rata. Jangan ada berketul.
  3. Masuk telur + esen vanilla. Kacau rata.
  4. Masuk baki susu segar tadi dan kacau sebati.
  5. Masak atas api sederhana.
  6. Sentiasa kacau dengan whisk.
  7. Kacau hingga pekat dan berkilat.
  8. Sejukkan sampai suam.
  9. Masuk kastad dalam piping beg dan cucuk muncung nozzle masuk dalam cupcake.
  10. Ayak gula icing di atas dan paipkan lagi beentuk rosette di atasnya.
  11. Siap..boleh makan..
-Selamat Mencuba-
 
 
Sedap tau bila makan chiffon cupcakes ni..terasa sungguh lembut cc ni dan ada inti kastad di dalam dan ada kastad lagi di luarnya..so, yummy..pada yang belum pernah makan cc ni haruslah cuba ya..
 
 
Okey la ya, jumpa lagi nanti di lain masa dengan entri yang baru pula..aku mau makan malam ni..rasa pening pula lama-lama mengadap laptop dengan perut yang kosong ni..hehe..bye..
 
Pertanyaan dan order sila hubungi kami melalui email atau talian yang tertera di atas tu ya. Terima kasih.

6 comments:

  1. Yummy nmpk custardnya bb...sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheq da..sedap makan cupcake ni.terasa filling kastad tu bila makan..

      Delete
  2. tang kastadnya yang tak tahan tengok...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kastad tu memang sengaja paipkan lebih2 kak..

      Delete
  3. Sedapnye..
    Kak x penah buat lagi...tgk bbwana buat mcm sedaplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..akak kena try buat cupcakes ni kak..sedap!

      Delete