ORDER-ORDER YANG LEPAS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai teman-teman dan pengunjung semuanya..Alhamdulillah hari ni bersiaran kembali setelah beberapa hari blog ni agak sepi tanpa entri baru..agak sedikit sibuk dan tidak berkesempatan pun mau menghadap laptop..hehe..apapun, maaf la ya..
 
Baiklah, tanpa berceloteh lebih panjang lagi..hari ni aku mau siarkan gambar-gambar order pada minggu yang lepas..Alhamdulillah, minggu penutup syawal ni rezeki murah..ada customer yang order kuih muih untuk jamuan open house di rumah dan juga opis..
 
Yang ni order dari Cik Salsiah. Lokasi, kingfisher..
 
Ordernya adalah kelupis kosong, kelupis inti sambal udang, kuih bakar pandan, apam gula hangus, puding mangga dan kuah kacang. Tapi, gambar kuah kacang tiada sini..lupa snap..hihi..
 
 KUIH BAKAR PANDAN
 
 
 APAM GULA HANGUS
 PUDING MANGGA
KELUPIS
 
Yang ni pula adalah order dari Cik Majorie. Lokasi, Rose Garden Kinarut..
 
Dia order apam ladybird & bumble bee, kuih bakar pandan, kuih penyaram, puding laici dan kek coklat. Yang ada gambar hanya apam ladybird dan kuih bakar pandan..yang lain tu memang nda sempat gambar..sorry ya..
 
APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE
 KUIH BAKAR PANDAN
 

Yang ni pula order dari Datin Norhaini, Lokasi, Bundusan.
 
 Datin order kelupis, apam polkadot dan apam Isabella..Untuk apam polkadot terdapat 3 jenis filling iaitu oren, lemon dan blueberi. Gambar kelupis pun tidak sempat snap..huhu..
 
 APAM ISABELLA
APAM POLKADOT @ APAM DOT COM
 
So, ni la dia antara order yang di tempah oleh customer dalam beberapa minggu ni..ucapan terima kasih banyak-banyak ya pada semuanya  kerana rajin tengok blog dan menempah dengan kami. Kami sangat-sangat menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami untuk membuat dan menyiapkan semua tempahan ni..semoga anda berpuas hati dengan produk yang kami hasilkan..jika ada kekurangan, kami mohon maaf ya..jangan serik untuk order lagi dengan kami ya..hehe..
 
Baiklah, pada yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan tentang produk kami, sila email atau terus saja call atau sms/whatsApp ke talian 012-8244251 ( bbwana ). Terima kasih.
 
Sekian saja entri aku pada hari ni..thanx kerana berkunjung ke sini dan membaca entri hingga habis..sampai jumpa lagi.-wasalam-


6 comments:

  1. banyaknyaaa order ....suka tengok part2 kuih ni ... apam lady bird tu comel hihi..

    ReplyDelete
  2. adoii nah..sy beliur nampak tu kuih bakar pandan..kek harijadi ada buat kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sdap tu kuih bakar kak..banyak customer order..sya ada juga bt dan terima tempahan kek harijadi kak..banyak juga suda sya buat..

      Delete
  3. Salam tuan rumah, cuci - cuci mata kat sini tengok yang sedap - sedap! Salam kenal dan terimakasih dan singgah di blog saya.Semuanya nampak menarik !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..salam..thanx ya sebab buat kunjungan balas di sini..sila kan la cuci mata..hihi.

      Delete