PUDING TRIFLE SIMPLE

Salam sejahtera semuanya..

Selamat petang..pagi hingga tengahari tadi aku sibuk sangat menyiapkan pelbagai jenis kuih dan kek untuk dijual ke tamu esok..syukur la, semuanya sudah siap..badan ni rasa penat dan mata pula mengantuk..memang perlu rehatkan badan dan lelapkan mata dalam setengah jam macam tu..tapi, geram pula bila baring..nda dapat tidur la pula..adeh..pusing kiri pusing kanan cari posisi tidur yang terbaik tapi tetap nda boleh tidur..hampeh..so, daripada masa tu terbuang..aku terus ambik laptop dan menaip..publish entri terbaru dalam blog SRC..
 
Kali ni aku siarkan entri Puding Trifle yang telah aku buat dalam minggu yang lepas..trifle ni sengaja aku buat untuk di sumbangkan pada PELADANG ( pelanggan setia kami ) yang telah mengadakan jamuan 'Open house' di pejabatnya..dorang ada tempah katering dengan kami..tapi, maaf banyak-banyak sebab lauk-pauk yang dibuat..aku tidak sempat ambik gambar memandangkan pada hari tu sibuk sangat-sangat..so, jamu mata ja la tengok puding yang aku buat ni ja la ya..hihi..
 
PUDING TRIFLE
Aku buat puding ni dalam dua bekas..em, memang sedap la puding ni..memang nyaman rasanya bila dimakan sejuk-sejuk..di sini aku kongsikan resepi puding simple ni untuk yang berminat buat puding yang sangat senang disediakan ni..
 
RESEPI: PUDING TRIFLE SIMPLE
SUMBER: TERATAK MUTIARA KASIH
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN A: ( LAPISAN KEK )
1 gulung swissroll ( apa-apa perisa ja ) aku guna pandan swissroll
Air dan jus koktel
 
CARA:
  1.  Potong swissroll 1 inci tebal, susun dalam bekas. Kek mesti menutup setiap ruang bekas. Tekan-tekan supaya padat.
  2. Siram jus koktel ke atas swissroll. Supaya kek lebih moist. Ketepikan.

BAHAN B: ( KASTAD )
1 Cwn rata tepung kastad
1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin air ( sukat guna tin susu cair )
1 tin buah-buahan koktel ( asing jus dan buah )

CARA:
  1. Satukan semua bahan. Kacau hingga kastad sebati dan gula hancur. Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat. Tutup api.
  2. Curah adunan atas kek.
  3. Susun buah koktel atas adunan sambil ditekan sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan.
BAHAN C:( AGAR-AGAR / KRISTAL JELLY )
10 g serbuk agar-agar
1.2 liter air
3/4 cwn gula halus
1-2 titis pewarna merah

CARA:
  1. Satukan semua bahan dan masak atas api hingga agar-agar serbuk hancur.
  2. Curah atas adunan kastad. Curah perlahan guna senduk.
  3. Mula dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna. Sejukkan.
NOTA: Aku tidak buat lapisan agar-agar. Aku hanya gunakan jeli pelbagai warna dan tabur atas buah-buahan koktel..boleh rujuk dalam gambar di bawah nanti ya..

-Selamat mencuba-

 

 
Susun swissroll dan siram jus koktel
 

Curah adunan kastad yang telah siap dan ratakan.

Yang ni sudah siap aku buat..Nampak kan macamana aku tabur ja jeli warna-warni tu..jeli tu aku belah dua..terpulang pada anda la mau guna banyak mana jeli..kalau suka banyak..tabur la lagi..stok jeli aku tu ja yang ada..
 
Ready untuk di sejukkan dalam peti sejuk..bila sudah sejuk, boleh la makan..nyum-nyum..sedapnya..maaf la ya sebab tiada gambar puding yang dipotong..sebab yang aku buat ni diberi pada Peladang.
 
Okey semuanya..thanx sebab membaca entri ni hingga habis..so, sampai sini ja dulu..kita jumpa lagi nanti ya..-wasalam-
 

12 comments:

  1. salam.. sedapnya trifle lama dah tak buat ..tapi suka kalau letak lapisan jeli tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai wani..

      makan pudding trifle memang best kan..

      Delete
  2. Puding kesukaan saya ,suka buat dan suka makan.kalau jumpa kat mana-mana jamuan makan saya mesti ceduk dahulu.

    ReplyDelete
  3. Macam puding trifle yang kak ina makan kat open house ahad lepas..pun guna swissroll pandan juga...memang sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. la..yakah kak..hehe..kebetulan pulak kan..

      Delete
  4. Sedap ni..dah lama x buat..last buat thn lps klu x silap

    ReplyDelete
  5. puding trifle mmg sedap tambah mkn yg sejuk2.....yummm...sesuai utk jamuan makan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. em. ya kak..pudding ni memang sedap kan makan sejuk2..

      Delete
  6. Menarik resepi ni. Nnt boleh cuba. Sonannggg sgt cara buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu..senang ja naik buat puding ni kan..nanti try la ya..

      Delete