KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Syukur Alhamdulillah, bersiaran kembali pada hari ni..sebenarnya agak kurang sihat sikit..migraine tapi gagahkan juga tangan ni menaip untuk tatapan pengunjung setia sweet red cherry dan teman-teman blogger tersayang..
 
Okeylah, entri pada hari ni adalah Kek coklat kukus munira yang aku buat untuk Waie sempena sambutan MERDEKA RAYA yang lalu di tadikanya..sebab ibu bapa digalakkan untuk menyumbangkan kuih-muih/makanan untuk sambutan pada hari tersebut..so, aku memutuskan untuk membuat kek coklat ni..saja la mau mencuba resepi kek coklat yang lain pula kan..lagipun kek ni sangat popular dan banyak sudah yang mencubanya mengatakan kek ni sedap..hasilnya memang tidak mengecewakan sebab rasa kek ni sedap dan moist..tambah lagi dengan lelehan toping coklat ganache di atasnya menambahkan kelazatan kek coklat..nyum-nyum..

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

 
 Kek aku potong kecil-kecil dan letak di papercup untuk senang makan oleh budak-budak..
 
 
Waie sempat lagi pose dengan kek..beria-ia betul mau minta gambar..
 
Di sini aku sertakan sekali resepi kek coklat kukus munira sebagai rujukan pada masa depan dan juga untuk kawan-kawan yang berminat mau buat kek ni..sila semak resepinya di bawah ni ya..
 
RESEPI: KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
SUMBER: CORETAN DARI DAPUR
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN A:
1 cwn gula pasir ( aku guna 1 cwn gula perang )
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 sk serbuk nescafe-jika suka ( aku x bubuh )
  • Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan hingga gula larut. Matikan api dan rehatkan kejap.

BAHAN B: ( AYAK )
3/4 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

BAHAN C:
4 biji telur - blender sampai kembang

  • Satukan bahan B dan C dalam bahan A secara selang-seli dan gaul guna senduk.
  • Bila sebati masuk dalam Loyang yang digris dan dilapik dengan kertas minyak.
  • Kukus selama 1 jam - hingga masak.
  • NOTA: Jangan buka pengukus semasa mengukus dalam 45 minit yang pertama, takut kek mendap.
TOPING COKLAT GANACHE
 SUMBER: ANNA QAWINA
 
BAHAN:
200 g coklat masakan/compound
100 ml susu cair @ 150ml whip cream
1 sk butter
  • Double-boil susu@whip cream bersama coklat masakan.
  • Bila coklat mencair, tutup api dan kacau.
  • Masuk butter dan kacau sebati.
  • Biar seketika baru guna
HIASAN:
Manik gula secukupnya

 

 
Yang ni aku sudah susun siap-siap dan ready untuk dibawa pada keesokan harinya ke tadika Waie..memang hepi dia bila dapat tau aku buatkan kek coklat untuk dibawa ke sekolah tu..siap dengkikan kakaknya lagi..Putri..hehe..ada-ada ja..
 
Okey la..sampai sini saja dulu..kita jumpa lagi di lain entri pula..mau rehat dulu ni..sekian, wasalam.

6 comments:

  1. Kek coklat mmg peberet bdak2....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..budak2 memang suka kek coklat..yang tak berapa nak budak pun suka juga makan kek coklat ni..hehe..

      Delete
  2. senang potong kecil macam tuh...
    seronok kawan Waie makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..potong kecik macam tu sesuai la untuk budak2..tq kak ziarah sini..

      Delete
  3. Sedapnyeee
    tang toping coklat meleleh memang memukau jiwa raga ku..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yang buat semangat makan tu kak..heheh..

      Delete