OREO CUPCAKES ORDERED BY ANIM

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menyambut Hari Malaysia pada hari ni..so, pada cuti umum macam ni ramai yang ambik kesempatan untuk keluar bersiar-siar bersama keluarga atau teman tersayang bagi mengisi masa yang terluang..ada pula yang lebih senang untuk merehatkan diri saja di rumah..macam aku, hari ni memang mau berehat di rumah setelah seharian kemarin bergotong-royong bersama keluarga menyediakan makanan katering kemarin yang di tempah oleh PETRONAS..syukur la mereka sangat berpuas hati dengan  perkhimatan dan menu yang kami sediakan..
 
Tapi hari ni aku belum lagi siarkan entri katering kerana hari ni aku mau siarkan entri Oreo Cupcakes saiz small yang telah di order oleh sepupu aku, Anim yang telah siap dan diambil pada hari jumaat baru-baru ni..untuk cupcakes Anim request kaler purple untuk jadi warna tema dan tulis ' Happy Anniversary 6 '..tidak tau la sempena apa..mungkin mau meraikan hubungan perkenalan dengan tunangnya, Samsul..haha, nda tau la..aku pun agak-agak saja..apapun, thanx banyak-banyak to Anim sebab order cupcakes..harap dia berpuas hati dengan hasilnya..Jom tengok gambar..

OREO CUPCAKES
 
OREO CUPCAKES WITH BUTTERCREAM
HARGA RM 1.80 ( MEDIUM ), RM 1.20 ( SMALL )
HIASAN: BISKUT OREO, GULA MANIK

 
 Sudah siap susun dalam kotak dan ready untuk diambil..
 
Untuk resepi kek boleh tengok di sini ya
 
RESEPI: OREO CUPCAKES
SUMBER: DOMESTIC PURSUITS
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
Biskut Oreo secukupnya ( potong dua ) - untuk inti dalam cupcakes dan hiasan
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung serbaguna
3/4 cwn serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
1 1/2 sk bikarbonat soda
1 sk garam
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak sayur ( aku guna minyak masak ja )
2 sk esen vanilla
1 cwn air panas
 
CARANYA:
- Panaskan oven suhu 180 degree.
- Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat soda serta garam dalam mangkuk.
- Campur gula, telur, susu cair, minyak dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Masuk pula campuran tepung yang di ayak tadi dan putar adunan dengan medium speed selama 2 minit.
- Tuang air panas dan kacau adunan sebati.
- Tuang separuh adunan dalam papercup dan masuk 1 potong biskut oreo. Tuang lagi adunan hingga 3/4 penuh.
- Bakar selama 22-25 minit.
- Sejukkan.
 
BAHAN BUTTERCREAM
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
 
125 g mentega
70 g krimwell
80 g gula icing ( ayak )
1/2 sk esen vanilla
2 sb susu pekat manis
 Pewarna ( jika suka )
CARANYA:
- Putar semua bahan buttercream dengan low speed hingga sebati.
- Kemudian putar dengan medium speed dan putar hingga pekat.
- Sedia untuk digunakan
- Hias ikut kreativiti
 
- Selamat Mencuba-
 
 
Yang ni adunan yang belum dibakar..mungkin adunan tu cair..so, biskut oreo timbul di atas..hehe..


Yang ni pula rupa cupcakes yang telah masak..cupcakesnya lembut dan kalau makan tergigit biskut oreo di dalamnya memang sedap..memang banyak la jadi cupcakes ni untuk saiz yang small..kalau nda silap ada la lebih dari 35 biji..



Yang ni  aku paipkan dengan buttercream..lepas tu letak pula biskut oreo di atasnya..hm, makan pun nda boleh cakap sudah..pasal menghayati keenakkan cupcakes..gigit  biskut oreo yang rangup dengan buttercream tu memang sedap..aku pun habiskan sampai 3 biji..haha..

 
 Haa, sampai sini la entri aku pada petang hari ni..kita jumpa lagi untuk lain entri pula ya
 ..
 
Jika ada sebarang pertanyaan ataupun ingin order produk kami, sila email atau terus call/sms/whatsapp ke talian 012-8244251 ( bbwana ). Tq..-wasalam-
 

6 comments:

  1. Selamat Hari Malaysia Bbwana, cute oreo cupcakesnya tu... suka tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Malaysia juga kak amie..thanx kak.

      Delete
  2. as salam ..dapppnya oreo cupcakes ..suka apa 2 kek yg guna oreo .. meggnuda jiwa .. harap tak terlewat nak wish selamat hari malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kan wani..sya pun sama juga, suka makan apa ja yang ada oreo..hihi..apapun thanx n selamat hari Malaysia wani.

      Delete
  3. wow! nmpk best!! mesti anak2 suka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..budak2 suka makan cupcakes macam ni..apalagi yang ada oreo..memang sedap.

      Delete