KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semuanya..terima kasih pada teman-teman blogger yang menziarahi blog SRC dan meninggalkan komen-komen manis..tidak lupa juga thanx pada pengunjung yang setia bertandang ke sini dan silent reader SRC..semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua..kalau datang sini mau cuci-cuci mata pun okey ja..hehe..
 
Untuk petang hari ni, aku mau kongsikan entri kek yang aku buat pada minggu yang lepas iaitu Kek lapis velvet hawflakes pelangi..sebenarnya kalau tidak silap, aku sudah pernah siarkan resepi kek ni..tapi, suka mau buat siaran ulangan..pada kawan-kawan yang malas mau selongkar dapur resepi tu boleh la tengok resepinya di bawah ni nanti ya..
 
Kek ni teksturnya moist dan ada rasa masam manis hawflakes bila makan kek ni..sedap..ditambah lagi dengan warna pelangi yang ceria menjadikan kek ni nampak cantik..haha, kesian angkat bakul sendiri..
KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI, HARGA RM38 ( SEBIJI )

 Aku suka tengok kaler yang ceria macam ni..resepinya boleh tengok sini ya..
 
RESEPI: KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
5 biji telur ( dari peti sejuk )
225 g gula halus
220 g tepung gandum } ayak
1 sk baking powder }
1 sb ovallate
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak masak
1 sk esen vanilla
Pewarna ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah
Hawflakes secukupnya
 
CARANYA:
- Campur semua bahan kecuali hawflakes, pewarna dan minyak masak.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak dan gaul guna senduk. Sebatikan.
- Bahagi adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
- Ratakan adunan ungu terlebih dahulu dan kukus selama 5-7 minit.
- Kemudian ratakan adunan hijau dan kukus lagi.Begitu juga dengan adunan seterusnya hingga habis. Susunan warna mengikut warna pelangi.
- Adunan akhir, kukus selama 20 minit.
- Biar 10 minit baru terbalikkan.
- Sejukkan.
 
- Selamat Mencuba -

 
Sekian la dulu entri aku pada petang ni..mau berehat kejap..mata ni rasa berat pula..hihi..ok ya semuanya, kita jumpa lain entri pula..babai..
 
Pertanyaan atau tempahan boleh la hantar email anda kepada kami ataupun terus saja hubungi talian kami yang tertera di atas tu ya..tq

4 comments:

  1. sedapnya...lama tak buat. bahan ada kalau rajin jadik aje...ni masalahnya M

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..masalah M tu la yang bahaya tu..semua keja pun x jalan kalau ada masalah M..heheh..

      Delete
  2. as -salam ..kek lapis ni cuci mata je tengok kawan2 buat tapi tak terbuat lagi hihi dugaan2......entah bila mood melapis nak datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wani..

      kek lapis ni mesti ada mood yang rajin dan sabar sebab proses melapis tu makan masa sikit..so, harap datang la mood wani untuk melapis nanti ya..hehe..

      Delete