Jualan sempena 'Karnival Jualan Serbaneka' 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah kembali bersiaran pada malam ni..tengah 'free' tiada buat apa-apa sekarang ni..so, dari langsung tiada buat apa-apa, baik aku update blog..banyak lagi entri dalam folder yang tunggu untuk di post..huhu..kena buat pelan-pelan..insyaallah bila ada masa lapang aku akan sentiasa update blog ni untuk tatapan teman-teman dan pengunjung semuanya..

Okey la, malam ni aku mau siarkan entri mengenai Karnival Jualan Serbaneka untuk kumpulan peniaga Facebook & online bagi kawasan Sipitang untuk tahun 2014 baru-baru ni..macam yang aku promo hari tu, aku memang join karnival ni bersama dengan sepupu-sepupu aku yang mana masing-masing jual homemade coklat, tudung, produk kecantikkan dan aku sendiri menjual aneka kek dan apam..syukur alhamdulillah produk yang kami jual dapat sambutan yang hangat dari pelanggan..boleh kata semuanya laris di jual..syukur pada Allah atas rezeki ini..terima kasih buat semua pelanggan yang telah membeli dan menyokong produk yang kami jual..

Ini adalah jualan kek aku yang sangat laris..aku jual Kek cheese leleh dengan 2 jenis perisa iaitu vanila dan pandan..Selain tu aku jual kek coklat moist, red velvet cheese leleh, cupcakes choc.moist with choc.fudge frosting dan apam ladybird bumble bee..

KEK CHEESE LELEH

KEK CHEESE LELEH, KEK COKLAT MOIST & RED VELVET CHEESE LELEH
Aku juga jual kek dalam bekas yang kecil dan bentuk individu..senang makan dalam bekas yang comel ni kan..hehe..
Di Sweet red cherry..


Di Red Jelita

 Aneka tudung yang cantik-cantik dijual dengan harga istimewa..selain tu terdapat juga kain pasang dan beg..


Di House of choco bites

Aneka coklat dengan pelbagai saiz dan bentuk serta karekter yang comel-comel..


Antara customer yang serbu 'booth' jualan kami..masing-masing sibuk memilih apa yang berkenan di hati..hehe..memang meriah.!!

Okey la, nampaknya sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi di lain entri..terima kasih kerana bertandang ke sini dan membaca entri hingga habis..daa..

-wasalam-

8 comments: