Pilihan 'Fashion for men' di Zalora Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

FESYEN!!! FESYEN merupakan trend terkini yang sering bertukar mengikut arus perubahan dan kemajuan zaman. Siapalah yang tak minat  berfesyen kan..tapi apa yang anda tau tentang fesyen??  Fesyen ni terbahagi kepada banyak perkara. Contohnya fesyen berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya.

Sekarang ni macam-macam jenis fesyen ada..selalunya artis la menjadi idola dalam berfesyen. Fesyen wanita pun banyak pilihan, hanya perlu pilih mana yang berkenan di hati ja..Tapi hari ni saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang 'Fashion for men'.



Berbanding wanita lelaki ditawarkan dengan koleksi fesyen yang lebih sedikit ataupun limited dengan pilihan yang tidak terlalu banyak. Malah popular fashion for men berjalan dengan lebih perlahan. Namun itu dahulu kerana keadaan sekarang sudah berubah sama sekali. 

Trend fesyen lelaki terkini sudah berkembang dengan kadar yang cukup pantas. Kini kita boleh lihat semakin banyak koleksi pakaian lelaki terkini yang ditawarkan oleh jenama-jenama fesyen terkenal saban tahun. Lebih banyak koleksi fesyen lelaki mengikut trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran dibawa oleh semua jenama fesyen popular. 



Fesyen jalanan adalah antara gaya fesyen yang paling ‘in’ buat masa ini. Ianya menjadi pilihan dalam kalangan lelaki yang lebih muda dan remaja. Di Malaysia juga kita boleh lihat ramai anak muda yang memilih untuk menggayakan stail ini kerana ringkas tetapi cukup bergaya.


Selain daripada itu trend gentleman juga lebih popular buat masa ini dan menjadi pilihan lelaki urban terutamanya selepas ramai selebriti dan personaliti terkenal memilih menggayakan imej ini seperti Wak Doyok yang ternyata menjadi ikutan ramai.


Demam Korean fashion style yang pernah melanda pasaran sedikit masa dahulu daripada gelombang K-Pop juga masih kekal popular. Ianya menjadi pilihan ramai anak muda yang menjadikan artis Korea kegemaran mereka sebagai ikon fesyen.

Apa pun gaya trend yang anda pilih, pastikan ianya dapat menonjolkan penampilan anda!

Jadi buatlah pilihan bijak dalam berfesyen..dan harus diingat jangan menjadi mangsa fesyen hingga memalukan diri sendiri.

Jom ke ZALORA.COM.MY kerana di sana menawarkan pelbagai pilihan fesyen kegemaran anda semua!!! Sekian, wasalam.

16 comments:

  1. fesyen orang muda ni wana cantik pada yg suka berfesyen

    ReplyDelete
  2. zmn skrg laki2 ada mcm2 pilihan fesyen dh sama je mcm perempuan...

    ReplyDelete
  3. Lama x shopping dekat zalora,,,hehe.,,.Kak Wana Collaboration ye dengan Zalora :)

    ReplyDelete
  4. waa...alal2 k-pop kan....hihihih

    ReplyDelete
  5. Kat zalora mmg banyak pilihan :)

    ReplyDelete
  6. Sekarang lelaki pun boleh berfesyen.dulu ada yang cakap kalau dapat anak perempuan,senang nak digayakan.tapi sekarang ni,lagi senang nak gayakan anak lelaki tau..

    ReplyDelete
  7. sy mmg shopping kt zalora. kira tiap2 bln mcm da wajib plak hehehe...fesyen utk lelaki pun da bertambah skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh boleh bagi tips ni shopping kat sane.. tringin jugak..huhu

      Delete
  8. sekali Wak Doyok keluar daaa hahaha.. selain misai mahai dia..
    fashion dia memang superb pun..

    ReplyDelete
  9. fesyen orang muda.. apapun ok laa zalora mempelbagaikan lagi pilihan..

    ReplyDelete
  10. zalora pilihan ramai skrg nih

    ReplyDelete
  11. akak tak tengok baju diaorang tapi tengok muka diaorang
    hensemnya, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mama.. bukan main :P lain pula yang ditengoknya. heheheh.

      Delete
  12. saya lagi suka baju lelaki. sebab nampak versatile. perempuan pnya banyak seksi..

    ReplyDelete