WAIE JOHAN PERINGKAT NEGERI SABAH KATEGORI SPRINT HURDLE( HARI POTENSI)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cerita yang sudah lama terperap dalam draf..tak ada masa nak menaip panjang-panjang..aduhai..

Sambungan dari Hari Potensi Tadika KEMAS Peringkat Zon 3.

Setelah Waie & the gang johan untuk acara Sprint hurdle peringkat zon 3, mereka mara pula ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri dan nasib sangat menyebelahi mereka apabila mereka dinobatkan sebagai johan peringkat negeri pula.

Bertempat di Kompleks Sukan Likas.

Waie & the gang wakil Tadika Kemas Zon 3 untuk acara Sprint hurdle( lari berhalangan )..dan dorang muncul juara untuk acara tu..tahniah!! Memang tak sia-sia berlatih hari-hari di padang dan di rumah..huhu..

Mereka berjaya menewaskan beberapa zon yang lain yang datang dari seluruh Sabah yang hebat-hebat semuanya..

Waie ~ depan sekali dari kiri. Bergambar dengan guru pengiring dan rakan-rakan yang lain

Waie 'happy' sangat sebab 'team' dorang muncul juara peringkat negeri Sabah 2015 acara Sprint hurdle


Sangat bersemangat pada hari tu..walaupun cuaca yang sangat panas..semua pun berlari sangat pantas dan tak ada satu pun tiang halangan yang jatuh..

kami sekeluarga datang menyaksikan dan menyokong waie dan rakan-rakan..

Atas ~ bergambar kenangan di padang bersama guru dan rakan selepas acara tamat



.



Gong dipalu oleh YB.Datuk Hjh.Jainab sebagai simbolik perasmian

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dibuat di Dewan Mini Putrajaya yang dirasmikan oleh YB.Datuk Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid ( Menteri pembangunan masyarakat dan Hal ehwal pengguna  Negeri Sabah.

Hadirin yang sangat ramai pada malam tu dipenuhi dengan murid-murid tadika dan guru pengiring serta ibu bapa yang hadir yang bagi sokongan..

Malam tu kami memang tak ada kerusi jadi dapat duduk di tangga sahaja sebab bilangan orang yang hadir melebihi jangkaan..wow!!

Kami tak tunggu acara habis sebab mata dah mengantuk dan perut masing-masing kelaparan..sebaik saja Waie penyampaian hadiah kami pun balik. 

Entri seterusnya??? tunggu tau!!! ;p

Sekian, wasalam









17 comments:

  1. wahh seronoknya Waie.. tahniah2 ヽ(´▽`)/

    ReplyDelete
  2. Tahniah Waie.... ada chance nak jadi sprinter negara... hehe

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya...tahniah2....

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini dik wana...wahh....tahniah kepada waie...

    ReplyDelete
  5. tahniah waie... sekolah tadika pun dh ada acara lari berhalangan gtu ek... pastu siap dpt menang seluruh sabah,... msti lah hepi dia tuh

    ReplyDelete
  6. Wah, tahniah Waie dapat medal :)

    ReplyDelete
  7. Kak Wana....rinduuuuuuu...sorry lama x singgah sini :)

    ReplyDelete
  8. Hi, saja blogwalking and follow you back sebab awak pernah masuk GA saya before ni. Thanks ya!
    Btw feel free to singgah and baca new blog entry sy http://minjee08.blogspot.my/2015/11/gaji-dah-masuk-jom-shopping-dorothy.html

    ReplyDelete
  9. waaa...epi jer tgk muka anak2 nihhh hihihi

    ReplyDelete
  10. Wahh tahniah adik waie..nnt daa bsr blj jdi atllet

    ReplyDelete
  11. Tahniah. Waie! Kecik2 dah menang pertandingan peringkat negeri :)

    ReplyDelete
  12. oooo..ini la Waie yang sama nama dengan anak Acik ni..bagus juga waie ni

    ReplyDelete
  13. Congratttt waiee. Hehehe. y^o^y

    ReplyDelete
  14. ooo ni yang smpai ke perlis ni kan..
    tahniah tahniah

    ReplyDelete