KEK CAWAN PANDAN

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni..hari ni agak lewat aku menyiarkan entri yang baru disebabkan aku agak sibuk sedikit hari ni menyiapkan beberapa jenis kuih-muih dan kek untuk jualan dan juga tempahan..ni pun baru ja selesai buat kek..so, sekarang ni adalah time aku berehat sambil update blog..terasa juga la sengal2 badan ni..lepas ni, rasanya mau baring2 la untuk meluruskan badan..hehe..

Pada malam ni aku siarkan gambar Kek Cawan Pandan..adunan kek cawan ni aku hanya buat separuh..aku memang gemar makan apa saja yang berperisa pandan..suka dengan rasa dan aroma pandan yang sangat wangi..kek cawan pandan ni lembut ja teksturnya..sebagai hiasan, aku taburkan dengan coklat rice di atasnya. Sebenarnya kalau plain ja pun, tidak jadi masalah kerana sememangnya kek ni suda sedia sedap.

KEK CAWAN PANDAN, RM 0.80 ( MEDIUM ), RM0.50 ( SMALL ) EACH



Maklumat lanjut mengenai produk kuih-muih, kek, mufin dan sebagainya..sila email atau telefon kami untuk tahu lebih lanjut. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment