KEK OMBAK RINDU AKA KEK ALUNAN KASIH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat pagi semuanya..nampaknya cuaca hari ni lebih kurang macam kemarin ja..tapi, tidaklah hujan hanya mendung saja..untuk pagi ini aku ingin kongsikan dengan pengunjung blog SRC entri Kek Ombak Rindu atau nama lainnya adalah Kek Alunan Kasih..bagaimana tercetusnya nama Kek ombak rindu tu..aku ja la yang pandai-pandai sebenarnya bagi nama..hihi..apapun, nama yang aku bagi ni masih tidak lari dari tema kek kerana hasil kek yang terbentuk beralun-alun seperti ombak juga..sebenarnya apa yang menjadikan kek ni terbentuk alunannya adalah kerana adunan kek setelah ditabur dengan koko yang di ayak di atas setiap lapisan kemudian dilapisi lagi dengan adunan kek di atas dan meratakannya menghasilkan rupa bentuk yang berombak ni..kek ni bagi aku nampak unik la kerana hasilnya akan nampak berombak setelah kek ni masak dan dipotong..ketika proses melapis kek ni, kita belum dapat lihat hasilnya..

Di sini kita dapat lihat dengan jelas, koko yang diayak atas lapisan adunan terbentuk garisan yang beralun..
KEK OMBAK RINDU AKA KEK ALUNAN KASIH, HARGA RM 28 ( SEBIJI )

Kek ni lembut dan sedap..tidak rugi anda mencubanya..kalau ada yang teringin mau makan kek ni, jangan malu2..order ja dengan kami..hanya email atau telefon terus kami untuk lebih lanjut..tq.

No comments:

Post a Comment