KEK KUKUS WANGI

Assalamualaikum..

Hai, salam sejahtera semuanya..selamat bercuti hujung minggu diucapkan..ada yang mengambil kesempatan pada hujung minggu ni membawa anak-anak membuat aktiviti di luar rumah atau pegi bejalan-jalan untuk mengisi masa lapang sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan..ada juga yang lebih senang menghabiskan masa dirumah bersama keluarga tersayang..apapun yang dilakukan cuti hujung minggu adalah saat yang dinanti untuk lari dari kesibukan kerja..tapi di saat kita bercuti masih juga ada yang terpaksa menjalankan tugas kerana tuntutan kerja untuk mengukuhkan ekonomi diri sendiri tetapi ada juga tuntutan kerja demi bangsa dan negara seperti apa yang dilakukan oleh pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu yang menyabung nyawa siang dan malam demi memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara kita terjamin..marilah kita sama-sama berdoa supaya pencerobohan ni akan segera berakhir dengan baik dan pasukan keselamatan kita selamat ketika menjalankan tugas..dan pada wira negara kita yang telah terkorban di Lahad Datu & Semporna, marilah kita sama2 sedekahkan doa buat mereka..Al-Fatihah.

KEK KUKUS WANGI, RM 28 ( SEBIJI )
Okey la, tengahari ni aku ingin siarkan kek yang aku buat beberapa hari yang lepas iaitu Kek Kukus Wangi..sememangnya kek ni sepadan dengan namanya kerana kek ni sangat wangi..dimana antara bahan yang membuatkan kek ni sangat wangi adalah kerana aku bubuh esen pisang dalam adunan kek..di samping tu aku juga bubuh kepingan hawflakes yang telah dipatahkan kecil-kecil di adunan kuning..sememangnya kek ni memang sedap..masam manis.


Resepi kek ni aku dapat dari dapur resepi blogger Kak Norlie iaitu blog Ilham Jiwa Rasaku..tq kak kerana share resepi dan aku sudah pun buat kek ni..sangat tidak mengecewakan hasilnya..sedap  sangat.


Teringin ka makan kek ni? kalau berminat, anda boleh hubungi kami menerusi email atau kol kami untuk tempahan atau ingin tahu tentang produk kami. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment