Good morning semuanya..syukur kita bersua kembali pada pagi jumaat yang indah ni..okey la terus ja bercerita tentang entri yang aku siarkan pada pagi ni iaitu Kek Coklat Bunga Lara..ceritanya macam ni, baru-baru ni aku kepingin sangat mau makan kek coklat..so, pikir-pikir mau buat kek coklat yang mana satu..lepas selak-selak buku resepi terus aku terpandang resepi kek coklat bunga lara yang aku salin dari blog Anna Qawina..memandangkan semua bahan untuk kek ni memang ada di dapur, aku tidak tunggu lama..terus mengodek di dapur..oleh kerana tekak ja rasa kepingin makan, maka aku hanya buat dalam suku adunan dari kek..hehe, asal2 tercapai hajat makan kek coklat ni sudah kira okey la bagi aku..
KEK COKLAT BUNGA LARA, RM 15 ( 500gm ) |
Memang betul seperti apa yang dikatakan oleh Anna Qawina dan Bunga Lara ( tuan punya resepi asal ), kek ni betul2 sedap..bagi aku sendiri, kek ni mempunyai kelainan dari kek coklat yang pernah aku buat sebelum ni..dimana kek ni sangat2 lembab kerana limpahan topping coklatnya yang sedap..nyaman ja rasa tekak dapat makan kek ni..lepas ja siap buat kek ni aku sempat lagi sejukkan dalam peti ais..setelah sejuk baru aku makan..ui, bukan main laju lagi aku menyuap kek ni ke mulut..siap berebut lagi dengan kakak aku dan 2 orang anak buah aku, Putri dan Waie..dorang pun sangat sukakan rasa kek coklat ni..thanx pada Bunga Lara dan Anna Qawina yang sudi share resepi kek yang tersangat sedap ni..so, izinkan aku untuk kongsikan pula resepi kek coklat ni di sini ya..jom, kita lihat resepinya..
RESEPI : KEK COKLAT BUNGA LARA
SUMBER : BUNGA LARA ( FB )
DICUBA OLEH : ANNA QAWINA & SWEET RED CHERRY
BAHAN:
4 biji telur gred A
1 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 1/4 tepung gandum *
1 cwn koko *
1 sk soda bikarbonat *
1 sk baking powder *
* bhn2 trsbt perlu diayak terlebih dahulu
CARA:
- Pukuk telur dan gula sehingga kembang. Guna whisk pun boleh.
- Masuk susu pekat, minyak dan susu cair.
- Masuk bahan yang di ayak tadi.
- Tuang dalam loyang/bekas yang hendak dikukus
- Kukus selama 1 jam 30 min.
* Perlu diingatkan jika bekas kecil, kukus dalam 15 min- 30 min. Tapi jika guna bekas yg.besar, kukus 1 jam 30 min. Pastikan jangan bukak2 penutup ketika sedang masak.
TOPPING:
200g coklat masakan/ coklat compound
3 sb susu pekat ( resepi asal 5 sb )
3 sb minyak masak
1 1/2 tin susu cair
CARA:
- Campur semua bahan topping & masak dalam periuk non stick lebih bagus nanti dia tidak melekat dan tidak hangus. Pekat dan cair topping bergantung kepada susu pekat. Kalau rasa nak manis sikit tambah lagi. Kalau rasa nak pekat sikit, kurangkan susu cair. Jangan lupa toppingdah sejuk ia akan pekat sikit.
NOTE BUNGA LARA:
* Harap maklum: Kebanyakkan orang buat topping menggunakan kaedah double boiler tapi saya tidak. Ini krn. saya menggunakan periuk non stick n slow fire. So ia tidak melekat. Tapi make sure jgn. tinggalkan krn. ia boleh berkerak di atas. Untuk memudahkan tiada kerak tsb., pastikan sentiasa kacau hingga sejuk.
** Semasa kek ini baru diangkat PASTIKAN TOPPINGNYA JUGA BRU TUTUP API DAN CURAHKAN TOPPINGNYA YG MASIH PANAS ITU KE DLM KEK TERSEBUT. LAKUKAN DUA TIGA KALI LEBIH KURANG. BIAR TOPPING ITU SERAP KE DALAM DAN LAKUKAN SEKALI LAGI..TP, JGN BYK SGT NNTI KEK AKAN MENDAP. SELAMAT MENCUBA
**NOTE ANNA: Biarkan kek suam2 dulu baru tuang topping, sebab nanti kek tak basah sangat kat dalam kerana kek yang baru masak akan ada rongga2, so topping tu akan cepat resap sangat, kita takleh makan yg gitu, hehe..nak yang sedang2 ajer..Anna buat 2 kali siram je..
** Note Sweet Red Cherry: untuk topping tu, aku guna kaedah double boiler ja sebab tiada non stick pan dan cara mencurah topping kek pula , aku menggunakan kaedah Anna..
Yang ni aku hanya sempat tabur dengan coklat rice ja di atasnya sebab mau cepat2 simpan dalam peti sejuk.( nda sabar suda mau makan ni kek..hihi )..okey la jika ada yang ingin menempah kek coklat ni, email atau terus kol untuk lebih lanjut lagi..tq.
No comments:
Post a Comment