KEK MARBLE ROS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, salam manis dan salam ceria buat semuanya..petang2 macam ni sedap betul kan dapat makan puding coklat..tambah2 lagi puding yang sejuk..em, sedapnya dimakan ketika cuaca panas macam sekarang ni..semalam ada buat puding yang ditempah jadi aku ada buat lebih untuk makan orang2 rumah..lagipun anak buah aku, Putri teringin sangat mau makan..tapi entri yang akan aku konsikan sebentar lagi ni tiada kaitan dengan puding pun..entrinya adalah Kek Marble Ros. Entri tentang tempahan puding tu akan aku siarkan apabila 'turn'nya sampai..hihi..

KEK MARBLE ROS, RM 28 ( SEBIJI )
Sebelum aku buat kek ni, aku tepikir-pikir kek apa yang aku mau buat..so, cari punya cari tu aku terjumpa resepi kek ni di buku resepi koleksi mama aku yang berjudul Kek Aidilfitri oleh Fauziah Binti Kidam...resepi yang sangat simple dan mudah untuk dicuba..keknya pun sedap dan lembut ja..dan berperisa ros..sebenarnya kek ni ada icing tapi aku tiada buat..jika ingin tahu resepi kek ni..jom kita semak..

RESEPI: KEK MARBLE ROS
SUMBER: KEK  AIDILFITRI oleh FAUZIAH BINTI KIDAM

BAHAN:
225g tepung naik sendiri
2 sk baking powder
225g marjerin
225g gula halus
4 biji telur
2 sb esen ros 
pewarna merah dan kuning..

UNTUK AISING:
100g gula icing
1 sb esen ros
1-2 sb air

CARA MEMBUATNYA:
- Ayak tepung dan baking powder di dalam mangkuk besar
- Pukul marjerin dan gula halus sampai ringan masukkan telur sebiji2. Pukul sampai sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 berwarna merah dan 1 lagi dimasukkan esen ros. ( aku buat 1 warna merah+esen ros, 1 lagi warna kuning+esen vanila )
- Tuang dalam acuan dengan berselang seli warna
- Bakar dalam oven selama 45 min - hingga masak, suhu 175 darjah celcius

AISINGNYA:
- Campur gula icing dengan esen ros dan air untuk mendapat adunan yang halus

HIASAN:
- Tuang aising atas kek dan dibiarkan jatuh di tepi-tepinya.
- Hias dengan gula warna merah

- SELAMAT MENCUBA -

 Ni hasil kek yang aku buat..


Seperti biasa, jika anda berminat untuk menempah mana2 produk kami, sila email atau terus telefon ke talian kami yang tertera di atas ini ja ya..terima kasih..

1 comment: