OREO CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai, selamat bertandang ke blog Sweet red cherry..mau ucapkan selamat bercuti pada yang bekerja tu..hari ni di Sabah cuti umum Good Friday..so, pada yang bekerja tu dapatlah cuti 3 hari termasuk sabtu ahad..memandangkan masih lagi cuti sekolah, maka ada yang mengambil kesempatan untuk balik kampung..bagi aku pula, hari ni memang tiada mau buat apa2..kebetulan tiada tempahan so dapat merehatkan diri ni..

Baiklah, untuk malam ni aku ingin publish cupcakes pula..minggu lepas aku ada buat Oreo Cupcakes..so, malam ni mau tayang la cuppies yang aku buat tu..em, bagi aku yang penggemar oreo ni, memang suka sangat dengan resepi ni dan makan oreo cupcakes ni..em, nyum-nyum..sedap tau..

OREO CUPCAKES, RM 1 ( SAIZ M ), RM 0.70 ( SAIZ S ), EACH


Untuk oreo yang aku gunakan dalam resepi ni adalah biskut oreo yang berperisa coklat..aku kisar halus beberapa keping oreo untuk dibubuh dalam adunan cupcakes dan meletakkan oreo yang dipotong kecil untuk hiasan di atasnya. Jika ada yang teringin mau membuat cupcakes ni..mari kita lihat resepinya..

RESEPI: OREO CUPCAKES

BAHAN:
125g mentega
1/2 cwn gula perang
1 cwn tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder 
2 biji telur
1/2 sk esen vanila
5 keping oreo, kisar halus

CARA:
- Panaskan oven 170 darjah celcius
- Putar mentega, gula perang, telur, tepung naik sendiri, baking powder dan esen vanila. Putar rata dengan kelajuan perlahan. Kemudian putar laju selama 2 min.
- Masuk oreo. Putar lagi.
- Sudukan adunan 3/4 cup penuh
- Bakar dalam oven selama 10-15 min

( BUTTERCREAM ):
125g mentega
70g krimwell
80g gula icing
1/2 sk esen vanila
2 sb susu pekat

- Putar semua bahan tersebut dan sedia untuk digunakan..

Aku tiada buat buttercream ni..hanya buat cupcakesnya ja..sebab bagi aku tanpa buttercream pun cc ni tetap sedap..tapi, bagi anda yang mau menghias cuppies anda tu bolehlah buat buttercream sekali..selamat mencuba.


Okey la semua, kita jumpa pula di entri yang akan datang ya..so, kalau ada yang mau menempah tu..hubungi ja kami menerusi email atau talian telefon kami yang tertera di atas tu..terima kasih.

No comments:

Post a Comment