KEK SPAN PANDAN

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni aku agak lapang sedikit..tidak banyak yang aku kerjakan hari ni..so, boleh la aku mengupdate blog awal dari kebiasaannya..sambil tengok tv sambil tangan tu menaip entri..hehe..okey la, untuk pagi ni aku mau kongsikan entri kek yang baru aku buat minggu lepas iaitu Kek Span Pandan..rasanya semua pun sudah tau kan..seperti namanya, kek ni sememangnya sangat lembut seperti span..ianya berperisa pandan dan aku memang gemar dengan rasa pandan ni..ketika bakar dalam oven, aroma wangi pandan tu keluar memenuhi ruang..em, makan kek ni sambil minum panas memang ngam sekali..

KEK SPAN PANDAN, RM 20 ( SEBIJI )
Bagi yang ingin mencuba kek ni, di sini aku ada sertakan sekali resepi kek ni..sila semak resepi di bawah.

RESEPI: KEK SPAN PANDAN

BAHAN:
150 g tepung superfine
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
15 ml ovallete
80 ml air daun pandan ( aku buat 1sk pandan emulco + 80 ml air dibancuh )
80 ml minyak / mentega cair
5 ml/1 sk pes pandan
1 sk baking powder
sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan gula kastor, ovallete, tepung superfine, baking powder dan telur dalam mangkuk. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 min dengan kelajuan maksimum.
- Perlahankan kelajuan, masuk pes pandan, air pandan dan pewarna. Pukul dengan laju selama 1 min.
- Tuang minyak dan gaul sebati dengan senduk.
- Gris loyang dengan minyak dan lapiskan loyang dengan kertas minyak.
- Bakar 45 min, 150 - 180 darjah celcius.. 

-Selamat mencuba-
 


Bagi yang berminat untuk menempah produk kuih-muih, kek, cupcakes mufin dan sebagainya, sila email kami atau terus telefon kami ke talian yang tertera di atas untuk maklumat lebih lanjut. Terim kasih.

No comments:

Post a Comment