Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Hari ni aku agak rilek sikit kerana dapat berehat panjang oleh sebab tidak banyak kek yang aku perlu buat..petang tadi bawa anak buah aku gunting rambut ( waie )di salon..pastu, pegi rumah makcik jalan-jalan di sana..walaupun hanya sebuah bukit yang memisahkan jarak rumah kami namun aku jarang dapat pegi sana disebabkan kesibuakanku..so, tadi aku bersama mama, kakak dan 2 orang anak buah yang memang pengikut setia kami iaitu Putri & waie dapat jumpa dan cerita2 dengan makcik2, sepupu dan anak-anak buah aku yang lainnya..best bila dapat berkumpul ni..macam2 topik yang kami ceritakan..maklumlah jarang berjumpa kerana kesibukan masing2..
Okeylah, untuk malam ni aku ingin kongsikan gambar mufin yang aku buat iaitu Mufin Kelapa..kalau tidak silap aku, aku dapatkan resepi mufin ni dari sorang blogger terkenal iaitu CMG..thanx pada CMG kerana sudi berkongsi resepi..tapi yang aku buat ni derhaka sikit pada resepi ( jangan marah ya CMG ) kerana aku tidak bubuh pandan paste, aku hanya maukan rasa kelapa tu saja..apapun, mufin ni sangat sedap walaupun tanpa rasa pandan kerana rasa lemak santan dan aroma wangi kelapa kering tu mengoda rasa..hehe..
MUFIN KELAPA, RM 0.80 ( MEDIUM ) EACH |
Okey la semua, nanti kita jumpa di entri yang lain pula ya..terima kasih kerana mengunjungi blog kami ni..diharapkan anda dapat memberi komen dan sudi menjadi follower kami..tq.
No comments:
Post a Comment