Hai, good morning semuanya..
Syukur Alhamdulillah kita dapat bersua lagi pada pagi ni..kalau kurang sibuk dan ada masa free sikit, dapat la update blog hari-hari kan..kalau tidak, hem 2-3 hari baru la entri tu bertukar..hehe.okey la, sebenarnya hari ni ada tempahan lagi yang perlu disiapkan dalam kuantiti yang banyak jugak..so, sebelum tu aku menyempatkan diri untuk masukkan entri baru untuk hari ni..
Pagi ni aku kongsikan entri Cucur Jagung..ceritanya sebab terliur bila tengok Kak Fiza @ fizalgk tayang cucur jagung berudang dalam blog beliau hari tu..jadi kepingin pula mau makan cucur ni..nasib baik la semua bahan yang diperlukan ada di rumah..hihi..
CUCUR JAGUNG |
NAMA RESEPI: CUCUR JAGUNG
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
300 g tepung gandum
100 g udang basah ( lebih pun boleh, ikut suka ) - buang kulit
1 biji kentang }
1/2 biji bawang besar }didadu
1 biji cili merah }
4 sb jagung tin - creamy
1 tangkai daun bawang - dihiris
1 biji telur
1 sk garam }disatukan
350-400 ml air }
Minyak masak
CARANYA:
- Satukan jagung, tepung gandum. Pecahkan telur dan digaul rata.
- Kemudian masukkan kentang, udang, cili merah, bawang besar, daun bawang dan air garam. Gaulkan adunan hingga bercampur rata.
- Goreng cucur dalam minyak yang sederhana panas hingga garing. Toskan. Hidangkan dengan sos cili.
Sedap makan cucur cicah dengan sos cili..layan habis la..hihi..
Okey ya teman-teman semua, sampai sini ja dulu entri pada hari ni..jumpa lagi..salam jumaat..-wasalam-
Assalam
ReplyDeleteSedap wat breakfast ni
Akak mkn bingka labu he hee
walaikumsalam kak..
Deletewah,bestnya sempat lagi membingka ya kak..hehe..
Nak cucur jagung singgit! k.gee lapar ni....
ReplyDeletehihi..dah habis la cucur jagungnya kak..
DeleteMakan masa panas sedap ni :)
ReplyDeletebetul tu kak..berketul-ketul masuk mulut..layan.
DeleteNk cucur sikit.hege..snggh dan folo blog sweet red cherry..jika sdi,snggh ke blog sya ya..sya pun suka membaking..
ReplyDeletethanx ya singgah dan follow sini..
Delete