RESEPI APAM GULA HANGUS

SALAM SEJAHTERA..

Hello kawan-kawan dan pengunjung blog SRC semuanya..syukur Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ni..tengah rehat-rehat sekarang ni boleh la sambil-sambil publish entri baru kan..nanti kalau sibuk memang tidak berupdate la..hihi..
 
Hari ni aku ingin berkongsi resepi Apam gula hangus..antara apam yang sangat popular dan banyak permintaan tempahan dari pelanggan..aku belajar resepi apam ni dari mama.resepinya sangat senang..aku main ingat-ingat ja resepi ni..apam  ni hanya bubuh dalam papercup ja..so, jimat masa tidak payah mau gris acuan lagi..jimat masa kan..
 
Ada sorang teman blogger yang request agar aku share resepi apam ni iaitu Adrianna Shaz..so, untuk tidak menghampakan permintaanya aku kongsikan resepinya di bawah tu..harap Adrianna suka la ya..hihi..aku guna sukatan cawan so lebih mudah la kan..tidak perlu timbang..pada yang berminat mau cuba buat apam ni sila rujuk resepinya di bawah..
 
RESEPI: APAM GULA HANGUS
OLEH: SWEET RED CHERRY
( menghasilkan 30-33 biji )

BAHAN: ( GULA HANGUS )
1 1/2 cwn gula pasir
1 1/2 air
  • Gula pasir di masak dalam kuali atas api yang sederhana..bila gula mencair dan bertukar keperangan, masukkan air ( hati-hati tuang air sebab takut nanti terpercik ). Jangan sampai hangus ya , nanti pahit pula rasanya.
  • Matikan api jika sudah sebati. Ketepikan.

BAHAN LAIN:
2 1/2 cwn tepung gandum }diayak
1 sm soda bikarbonat        } bersama
3 biji telur
1 tin kecil susu pekat manis
175 ml minyak masak
Papercup secukupnya

CARANYA:
  1. Putar telur dan susu pekat manis hingga sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Putar lagi.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Putar.
  3. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Putar hingga sebati.
  4. Tuangkan adunan dalam papercup yang di susun dalam acuan.
  5. Kukus selama 20 minit.
-Selamat mencuba-

 
 Sebelum kukus..
Apam yang sudah masak..
 
 
 
Haa, macamana..senang ja buatnya kan..sebelum ni, ada yang pernah tanya berapa lama jangkahayat apam ni..untuk pengetahuan kawan-kawan semua..apam gula hangus adalah sejenis apam yang sangat tahan selama lebih kurang 3-4 hari dalam suhu bilik..teksturnya pun masih lembut lagi.tapi, kalau simpan dalam peti sejuk sampai 1 minggu pun apam ni masih okey..tidak berkulat..cuma, kalau mau makan kena kukus la kejap untuk lembutkannya kembali..betul..kalau tidak percaya, kena la cuba..hihi..
 
Okey ya, harap perkongsian ni dapat memberi manfaat pada kawan-kawan dan pengunjung semua ya..sampai jumpa lagi..
 
UNTUK TEMPAHAN & SEBARANG PERTANYAAN, SILA EMAIL ATAU TERUS HUBUNGI KAMI DI TALIAN, 012-8244251 ( Bbwana ). TQ.

12 comments:

  1. WOW.. gebunya apam gula hangus ni.. sedap nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq kak..nanti try la buat..sedap..jemput la makan..bleh ambik 2-3 biji untuk teatime karang..hikhik.

      Delete
  2. Wah..tima kasih bbwana..terharu tau sdi kongsi resipi ni..mesti akan dicuba ni..sya dah cuba nnti sya up entry apam ni ya..sungguh sedap ni...tima kasih yg tak terhingga tau bbwana :D..simpan bookmark.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome..hehe..sharing is caring kan.. ;-)

      Delete
  3. bab nak hanguskan gula selalu gagal....
    dapat yang bersarang dalamnya...sedapnya bila makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau hanguskan gula, apinya harus sederhana panas kak..dan sentiasa pantau..

      Delete
  4. Kalau pesen apam2 ni memang kak lina tak pernah buat..walaupun ati tingin nk cuba sebab anak2 tak makan huhu..
    Tumpang makan kat sini la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau apam pesen macam ni org dewasa yang suka makan kak..cuba buat apam ni versi mini..mesti comel dan anak2 pasti suka..

      Delete
  5. Salam Wana, tertarik dengan apam ini! Tapiiiii..nak tanya, boleh kurangkan untuk sukatan gula tu? Sebab takut manis sangat..thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, salam juga..boleh juga kurangkan gula kalau suka..tapi, sebenarnya rasanya tidak la terlalu manis..

      Delete
  6. alahai dah lama jugak simpan resepi ni .. tak terbuat jugak ... gebunya nampak apam tu ..

    ReplyDelete