KEK MARBLE CHEESE BROWNIES

SALAM SEJAHTERA..

Hai, selamat petang dan selamat datang kepada semua teman dan pengunjung  blog SRC tersayang..mendung ja cuaca hari ni..beberapa hari ni mendung dan hujan ja kan..apapun, syukur la, sekurang-kurangnya suhu panas kebelakangan ni berkurangan..tidur pun syok..hihi..
 
Kali ni aku mau kongsikan kek yang aku cuba buat dalam minggu lepas iaitu Kek marble cheese brownies..sebenarnya baru perasan yang cream cheese yang aku beli tu mau expired..so, aku google di internet mau buat kek yang belum pernah aku buat..so, aku jumpa resepi kek ni di dapur Kak Zu..Nampak menarik kek tu dengan corak marble dan ada penggunaan cheese..so, lepas intai bahan-bahan yang lain pun ada di rumah, aku terus la buat kek ni..first time buat brownies..Alhamdulillah menjadi kek ni dan gabungan cheese dan coklat tu memang sepadan sekali..sangat sedap dan disukai ramai..banyak yang rasa kek ni puji rasanya sedap..berbaloi penat membuatnya..heheh..
 

KEK MARBLE CHEESE BROWNIES, HARGA RM  45 ( SEBIJI )
Jom kita lihat resepinya di bawah ni..
 
RESEPI: KEK MARBLE CHEESE BROWNIES
SUMBER: KAK ZU @ SEMANIS GULA
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cwn gula kastor
1 1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk bikarbonat soda
1 sk esen vanilla
 
CARANYA:
  1. Cairkan butter dan masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula & telur. Kacau sebati.
  3. Masuk adunan telur dalam adunan butter dan koko tadi.
  4. Masuk susu cair.
  5. Masuk esen vanilla dan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Bakar dalam suhu 175 darjah celcius selama 20 minit.
  7. Alas Loyang 10x10 dengan baking paper. Biar kertas berjuntai untuk senang keluarkan brownies.
  8. Simpan sikit adunan coklat untuk proses melorek. 
 
BAHAN LAPISAN CHEESE:
250 g cream cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur
 
CARANYA:
  1. Putar cream cheese dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur dan putar lagi.
  3. Keluarkan kek dari oven dan letak adunan cheese. Ratakan.
  4. Lorekkan dengan lebihan adunan coklat.
  5. Bakar 20-30 minit lagi.
-Selamat Mencuba-
 
Untuk brownies yang aku buat ni lapisan kek agak tinggi kerana aku menggunakan loyang 9x9..sebab belum ada loyang 10 inci..hihi, nda apa la kan..yang penting rasanya sedap..next time, ada rezeki aku beli loyang 10 inci pula..
 



Tengok la tu, bahagian atas kek agak merekah sikit..hehe, mungkin suhu oven agak panas..


 
 Yang ni aku siap potong dan packing untuk diberikan pada kakak sepupu tersayang, Kak Adi..sebab sudah banyak kali cerita pasal brownies ni..kebetulan Kak Adi belum lagi makan dan rasa kek ni..takut dia kempunan sebab hari tu dia jalan jauh..so, bekalkan dia dengan brownies  ni..macam yang lain, Kak Adi juga puji brownies ni sedap..apapun, thanx..

Okey la semuanya, sampai jumpa lagi di next entri pula ya..kalau ada yang minat mau order tu, silakan hubungi talian kami seperti yang tertera di atas tu ya..tq.

8 comments:

  1. teruja tengok hiasan atas tuh...cantik
    macam tuh buatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak, x susah buatnya..senang ja kan..hihi

      Delete
  2. untuk akak takde k? hehehe..sedap giler tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dah abis dimakan la kak..next time la ya..

      Delete
  3. Salam Bbwana..kak ina dari sehari ke sehari nak buat brownies ni tapi tak buat2..bahan semua dah ada :)

    ReplyDelete
  4. Salam...Sedapnya kek marble cheese tu,klu dapat mmg tak cukup sepotong nih! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak, saya memang sokong tu kak..x cukup kalau makan sepotong ja..sedap sangat.

      Delete