KEK LAPIS STRAWBERI OREO

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Selamat petang dan selamat cuti hujung minggu..leganya hari ni dapat berehat setelah beberapa hari yang lalu sibuk menyiapkan order..tapi esok akan kembali sibuk seperti biasa menyiapkan pelbagai tempahan dan jualan..syukur Alhamdulillah dengan rezekiNya..
 
Sebelum tu terima kasih banyak pada kawan blogger yang rajin datang jenguk ke sini dan tinggalkan komen..selalunya bila ada masa aku juga akan buat kunjungan balas ke blog teman-teman..blogwalking la kan..tidak lupa juga pada yang baru menjadi follower tu..memang sangat seronok dapat tambah kenalan dalam alam maya ni serta bertukar-tukar resepi dan komen..kalau belum jadi follower SRC tu, sudi-sudikan la ya follow..
 
Hari ni aku mau share entri kek iaitu Kek lapis strawberi oreo..em, sapa yang tidak suka oreo..semua orang suka kan..makan begitu saja atau cicah dalam susu..sedapnya..Apapun,kek ni sangat lembut..ada rasa strawberi dan oreo bila makan kek ni..sebenarnya resepi asal guna biskut marie dan pandan paste tapi kali ni aku ubah perisa dan juga biskutnya..
 
KEK LAPIS STRAWBERI OREO
Kalau ada yang minat ingin tahu resepinya ada di bawah ni..jom semak..

RESEPI: KEK LAPIS STRAWBERI OREO
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
4 biji telur
175 g gula kastor
1/2 sk esen vanilla
2 sk ovalette

BAHAN B:
100 ml susu cair
1/2 sk garam
1 sk strawberi paste ( asal pandan paste )

BAHAN C:
150 g tepung gandum

BAHAN D:
Biskut oreo secukupnya ( buang krim ) - asal biskut marie perisa coklat/kopi

CARANYA:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga gebu selama 10 minit.
  • Masukkan bahan B sedikit demi sedikit diikuti dengan bahan C. Kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan sebanyak 2 sudu besar dalam loyang yang digris dengan minyak. Susun biskut oreo di atasnya. Kukus selama 5-7 minit.
  • Ulangi langkah di atas hingga habis.
  • Lapisan akhir kukus selama 10-15 minit..
  • Setelah masak sejukkan baru keluarkan dari loyang.
-Selamat mencuba-


 
Okey semuanya..sampai sini ja dulu..thanx sebab baca entri sampai habis..see ya..-wasalam-

6 comments:

  1. Nmpk sngguh sedap ni..bleh try ni..sya suka biskut oreo...nyum2..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya awak melapis...kaler pink lagi tu..sukaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada masa dan kerajiinan tu datang, saya suka melapis kak..pink tu flavour strawberi..sedap..

      Delete
  3. akak ada byk stok oreo nie, nmpk mcm sedap kek nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, sesuai sangat la tu kak buat kek oreo..hihi..

      Delete