DONUT

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua kawan-kawan dan pengunjung semuanya yang bertandang ke sini..Alhamdulillah kita bersua lagi pada petang hari yang sangat cerah ni..hihi..sebelum tu mau minta maaf la sebab biarkan blog ni sepi seketika..beberapa hari ni aku tidak punya masa untuk menghadap laptop..sibuk dengan sedikit urusan..
 
Baiklah, pada petang ni aku mau kongsikan satu entri kuih-muih yang sangat sesuai dimakan pada sebelah petang iaitu Donut ataupun kami panggil dengan nama Kuih Gelang..mungkin bentuknya yang bulat dan berlubang di tengah menyerupai gelang tu la di panggil kuih gelang..haha..siapa yang tidak suka makan donut kan..paling sedap makan bila masih panas..lepas masak dan salut dengan gula memang sedap..minum pula dengan kopi atau milo panas..hem, memang layan habis..
 
DONUT
RESEPI: DONUT
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
240 g tepung gandum
60 g majerin
1 biji telur-dipukul
1/2 sk garam
minyak masak
gula halus/gula icing - untuk salut donut

BAHAN B:
60 ml susu segar
2 sm gula kastor
1 sm yis kering
50 ml air suam

CARANYA:
  1. Ayak tepung dan garam dalam mangkuk adunan. Masukkan telur dan marjerin. Gaul hingga sebati.
  2. Tuang bahan B dan di gaul rata. Uli doh hingga lembut dan kenyal. Biarkan doh naik 2x ganda selama 40 minit.
  3. Uli doh sekali lagi. Kemudian canai setebal 1 cm dan terap dengan acuan. ( aku guna acuan yang kecil ). Susun doh dalam dulang yang di sapu dengan minyak. Biarkan doh naik kali kedua selama 20 minit.
  4. Goreng donut ini dalam minyak yang telah di panaskan terlebih dahulu. Toskan.
  5. Kemudian golekkan dalam gula icing hingga rata.
-Selamat mencuba-


 
Kalau tidak mau salut dengan gula pun boleh..sedap juga celup donut ni dalam coklat masakan yang telah dicairkan..kemudian taburkan manik gula warna-warni..pasti lagi menarik kan..budak-budak la yang paling suka kalau buat macam tu.tapi, aku tiada buat macam ni..lain kali la..
 
Haa, sampai sini la dulu ya..kita jumpa di lain entri pula..thanx sebab datang sini dan baca entri hingga habis..

8 comments:

  1. Sya x pnh pndai buat donut ni...nnti bleh try2 ni...:)

    ReplyDelete
  2. Awak makan donat, kak ina lak makan karipap..he he.. dua2 pun sedap kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. em, karipap pun sodap..bleh la kita tukar2 hidangan ni kak..hihi

      Delete
  3. assalam
    he hee sama la kita ada donut
    yg bergula anak2 suker ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      ya la kan kak..kebetulan pulak sama..pastinya anak2 paling suka benda bergula ni..hehe..

      Delete