JUS & JEM ROSELLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua teman, pengunjung setia blog SRC dan tidak lupa juga silent reader blog ni..thanx ya sebab tidak jemu bertandang ke sini..sokongan anda semua amatlah dihargai..buat semua followers SRC thanx banyak yang telah follow di google jugak..
 
Okeylah, tengahari ni aku mau kongsikan entri tentang Jus & Jem Roselle yang aku buat pada minggu lepas..sebenarnya roselle ni dapat dari sorang kawan mama..dia berniaga di tamu..so, sebab tidak habis dijual maka dia pun bagi la pada mama..sebelum ni pernah juga nampak roselle ni tapi belum pernah rasa..kawan mama cakap sedap kalau buat jus..rasanya lebih kurang macam Ribena tu..masam-masam manis..sedap..so, aku pun google la di internet macamana buat jus..dapat la resepi lepas intai blog Juicy Café & Cakes..selain tu dapat juga resepi buat jem..kira resepi ni 2 dalam 1 la..sangat menarik..tq kak share resepi..
 
JUS ROSELLE
 Untuk resepinya aku kongsikan di bawah ni. Jom kita semak sama-sama..

RESEPI: JUS & JEM ROSELLE
SUMBER: JUICY CAFE & CAKES
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
30 biji roselle - kopek kelopak-buang biji-cuci bersih-toskan
2 liter air
5 cwn gula kasar
1 sb tepung jagung }satukan
4 sb air                   }dan gaul sebati


CARA BUAT JUS:
  1. Masuk kelopak roselle yang telah dicuci bersih ke dalam periuk besar dengan air.
  2. Panaskan atas api dan masuk gula, gaul hingga gula cair.
  3. Biar mengelegak dan reneh selama 20 minit dengan api yang  sederhana.
  4. Tutup api, tapis air roselle. ( Jangan buang kelopak dan tinggalkan sikit air roselle untuk kisar kelopak untuk dibuat jem ).
  5. Biar sejuk dalam suhu bilik baru simpan dalam botol yang sesuai.
CARA BUAT JEM:
  1. Kisar kelopak roselle yang dimasak tadi hingga lumat
  2. Tuang dalam kuali, panaskan roselle hingga sedikit kering. Atas api yang kecil.
  3. Tuang adunan tepung jagung supaya adunan lebih pekat, gaul sebati dan reneh 10 minit.
  4. Simpan dalam botol kaca dan sejukkan.
  5. Boleh sapu pada roti atau jadikan sebagai filling.



Yang ni adalah proses menghasilkan jus dan jem roselle dimulakan dengan mengopek kelopak roselle dan bijinya dibuang kemudian dicuci bersih baru ditoskan..


Jus yang tengah disejukkan dalam suhu bilik..dan jem pula aku jadikan filling dalam apam ladybird..

 
Sedap diminum panas atau sejuk..aku suka minum suam-suam..bila mau minum..tuang sedikit jus dan tambahkan air..rupanya sangat banyak khasiat roselle ni..bukan sekadar tinggi serat dan kaya vitamin C tapi banyak lagi khasiat lainnya.
 
Antara Khasiat Roselle:
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan melambatkan penuaan, menyebabkan wajah Nampak muda berseri.
  • Menyeimbangkan berat badan
  • Membantu proses pencernaan dan berfungsi sebagai tonik.
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengubati luka luar dan dalam
  • Mengatasi maslah selsema, batuk dan demam.
Haa, ni la antara khasiat roselle..sebenarnya banyak lagi yang aku tidak senaraikan sini..so, bagi yang belum pernah try tu..mesti cuba minum jus roselle.
 
Baiklah, sampai sini ja dulu entri aku pada hari ni..kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..daa..

5 comments:

  1. Aslmkum bbawana

    sedap jus roselle, kalau di Cairo byk jual yg kering...rebus utk jadi jus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mamasya...

      sedap kan minum jus roselle..banyak khasiat..

      Delete
  2. Assalam
    Akak suka jus buah ni sedappp
    Jem pun sedap dpt mkn dgn roti kan
    Pokoknya pun akak suke tgk he hee cantik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x pernah lagi Nampak camana rupa pokok roselle tu kak..

      Delete
  3. Mana boleh beli roselle ni eh..kalau ada yg menjual, mtk tolong call or sms saya 013 3988644 eh..

    ReplyDelete