PUDING KASTAD JAGUNG

Hello semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Panasnya cuaca hari ni kan..nda sanggup mau keluar rumah sekarang ni..rasa panas tu mengigit-gigit kulit..buat kerja di dapur pun berpeluh-peluh..
 
Okeylah, selalunya time panas-panas macam ni memang sesuai sangat makan puding kan..apalagi kalau puding tu yang sejuk..terasa nyaman ja masuk di tekak..Untuk  hari ni aku mau kongsikan Puding Kastad Jagung yang aku buat hari tu..so, jangan tanya ya..memang sudah habis..heheh..memang sedap tau rasa puding ni..rasanya yang lemak manis tu memang membuatkan terasa ingin menghabiskan puding ni hingga ke suapan yang terakhir..nyum-nyum..
 
PUDING KASTAD JAGUNG
Aku isikan puding dalam bekas yang kecil..sebenarnya ni aku buat untuk tempahan katering hari tu..so, senang makan dalam bekas kecil macam ni kan..Resepi buat puding ni sangat mudah..bahan pun sikit ja..boleh semak resepinya di bawah ya..
 
RESEPI: PUDING KASTAD JAGUNG
SUMBER: AZURA AZIMI
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
1 tin jagung ( aku guna yang creamy )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 1/2 cwn tepung kastad
3 cwn air
Secubit garam
 
CARANYA:
  1. Campur semua bahan dalam kuali. Kemudian masak atas api yang sederhana/kecil.
  2. Masak hingga kental dan berkilat.
  3. Masuk puding yang telah masak ke dalam loyang atau bekas.
  4. Sejukkan dalam suhu bilik.
-Selamat Mencuba


 
 
Baiklah kawan-kawan dan pengunjung semua, sampai sini ja dulu entri aku pada hari ni..kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..thanx sebab baca hingga habis. Bye..

8 comments:

  1. assalamualaikum...
    sedap nampak puding kastad ni.. nyam nyam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..tq jenguk sini..

      em, pudding ni bukan ja nampak sedap kak tapi memang betul2 sedap..

      Delete
    2. tentu best ni makan sejuk-sejuk!

      Delete
    3. ya kak..sedap makan sejuk..bertambah sedap pudding ni..

      Delete
  2. salam sis...ni puding kalau makan sejuk2 mmg layannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..salam juga sis..lamanya sepi..pudding ni sedap makan sejuk kan..layan habis.

      Delete
  3. Sedapnya...lama kak lina tak buat puding jagung ni..cam tingin pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..kalau tingin mari kita buat sama2 kak..

      Delete