KEK NESCAFE

Hai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mood mau mengupdate agak ke laut hari ni..penyakit 'M' dapat menyerang..huhu, rasa malas mau menghadap laptop tu..mungkin cuaca yang agak panas hari buat timbul perasaan malas tu..hihi, petang-petang macam ni suhu panas sudah berkurang so baru ada mood sikit mau buat entri..^_^

Baiklah, untuk petang ni aku mau kongsikan dengan kawan-kawan dan pengunjung SRC tentang entri kek yang aku sudah buat beberapa minggu yang lepas..hari ni baru dapat kongsikan dengan anda semua iaitu Kek Nescafe..resepi asal adalah Indocafe Cake yang dibuat oleh Kak Fiza@ Fiza's Cooking..memandangkan aku guna nescafe maka aku ubah ja la nama kek tersebut..apapun, bahan yang lain masih lagi sama macam yang Kak fiza buat..thanx ya kak share resepi ni..untuk info lanjut boleh tengok resepi ni dalam Majalah Aroma Edisi oktober 2013..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK NESCAFE
Tekstur kek agak lembut juga..wangi dengan aroma nescafe masa bakar tu..em..best makan kek ni sebagai hidangan minum petang..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni memang sedap dengan taburan coklat cip dan kepingan badam di atasnya..lagi best kalau ada coklat cip di dalam kek..lain kali mau bubuh pula di dalam..hehe..selain tu ada nestum juga..memang sedap..di bawah ni aku kongsikan resepinya. Jom semak..

RESEPI: KEK NESCAFE / INDOCAFE
SUMBER: FIZA'S COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
150 g gula halus
200 g mentega/marjerin
3 biji telur gred A
200 g tepung gandum
50 g nestum ( original )
3 sb susu pekat manis
1 sk ovallete
1 sk baking powder
1 sb serbuk indocafe/nescafe
Taburan badam cincang - optional
Coklat cip- optional

CARANYA:
  1. Pukul gula, ovallete dan marjerin hingga kembang.
  2. Masukkan te;ur pukul dan masukkan tepung gandum, baking powder serta pukul lagi.
  3. Masukkan pula nestum, susu dan serbuk indocafe/nescafe. Pukul hingga sebati.
  4. Sediakan loyang bersaiz 8 inci/7 inci. Sapukan marjerin dan alas dengan baking paper.
  5. Masukkan adunan dalam loyang dan tabur badam cincang dan coklat cip. ( kalau suka, boleh bubuh coklat cip dalam adunan ).
  6. Bakar pada suhu 150 C - 160 C selama 45 minit guna api atas bawah.
  7. Setelah sejuk, boleh potong dan hidangkan.
-Selamat mencuba-
 

 Sebelum masuk oven..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semua, sampai sini la dulu ya..sampai jumpa lagi kita di entri yang seterusnya pula..babai, sekian.

12 comments:

  1. sedapnya kalau dpt mkn kek nie,nk buat x de mood...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dapat makan kek ni kak myda...rajin2 nanti buat la ya..hehe..

      Delete
  2. 1st time dgr kek nescafe ni.. sesuai utk y gemar air nescafe ni

    ReplyDelete
  3. Sedap nmpk kek tu Wana... harus cuba ni...

    ReplyDelete
  4. memang best dan sesuai untuk hidangan mium petang ni.nak cuba buatlah.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kek nescafe ni.. tengok pun dah beselera.. mesti tertunggu2 kek ni waktu nak masak yer.. sbb taburan kacang atas tu buat kek jadi wangi.. tq shared resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome kak..betul tu kek ni ditunggu masaknya..bau kek pun wangi..heheh..

      Delete