SPAGHETTI CARBONARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ni..hari ni cuaca mendung dan hujan lagi di sini..apapun, tetap bersyukur diturunkan hujan sebab ada di tempat lain sekarang ni musim kemarau dan cuaca yang sangat panas menyebabkan  permintaan terhadap kipas angin macam 'pisang goreng' panas..

Baiklah, pada petang hujung minggu ni aku mau kongsikan pula entri mengenai Spaghetti Carbonara yang aku buat baru-baru ni..tiba-tiba tekak ni teringin betul mau makan..huhu..so, daripada asyik bepikir dan telan liur nanti ada pula yang kempunan kan..haha, maka bila sudah beli bahan-bahan..aku buat la spaghetti yang sangat sedap dan simple ni..hanya gunakan prego dan tambah beberapa bahan lain ja pun sudah menjadi dan siap..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
SPAGHETTI CARBONARA
Memang sedap rasa spaghetti carbonara ni..sangat berkrim..slurpp..nyum-nyum..selain tu aku juga sukakan spaghetti marinara..sebab inilah spaghetti pertama yang aku cuba makan dan lepas tu aku mula jatuh cinta dengan rasaanya.

Sini aku mau share resepi dengan kawan-kawan semua..

RESEPI: SPAGHETTI CARBONARA
SUMBER: CIK EPAL06
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Prego carbonara mushroom
Spaghetti
Fresh shitake mushroom - aku x letak
Daging ayam kisar - x letak
Sosej ( direbus ) - didadu
1/4 kotak fresh milk
Parmesan cheese
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus

CARANYA:
  1. Rebus spaghetti. Letak minyak 2-3 sudu dan bubuh sedikit garam.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih. Masukkan prego, mushroom, daging kisar, sosej dan kacau. Masuk sedikit air dan parmesan cheese.
  3. Gaul dan letak susu. Tuang atas spaghetti
  4. Dah siap untuk dihidangkan.
-Selamat mencuba-





 Senang ja kan..budak sekolah rendah pun boleh buat jugak..hehe..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Paling best makan spaghetti ni masa panas-panas baru sedap kan..kalau sejuk, kurang nikmat..lepas tu minum pula milo ais float..letak serbuk milo banyak-banyak di atasnya..bahagia rasanya bila dapat makan yang diinginkan..syukur alhamdulillah..

Okey la kawan-kawan..sampai sini saja dulu..jumpa lagi di entri yang lain pula..bye..

10 comments:

  1. wah spaghetti lah disini, anak2 akak suka sngt ni spaghetti carbonara ke, bolognise ke semua diaorng kebassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang sedap kan kak..sya pun suka berebut makan dengan anak2 buah..^_^

      Delete
  2. As salam sedapnya spaghetti, cantik2 kek di blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dila..

      terima kasih banyak ya..^_^

      Delete
  3. wana pun carbonara gak..sama la menu kite heheee

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Kegemaran anak anak anak akak. Selalu juga buat di hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kak..sekali-sekala makan spaghetti memang best.

      Delete
  5. salam singgah bb.. serius tak pernah buat lagi spaghetti carbonara ni .. ai terasa nak buat ler pulak.. sedapnya dok bayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai wani..thanx ya singgah sini..spaghetti ni serius sedap wani..so, nanti wani kena cuba tau..

      Delete