THE BEST CHOCOLATE BROWNIES & ORDER CHOC.BROWNIES

SALAM SEJAHTERA..

Hai, selamat malam semuanya..

Baiklah untuk malam ni aku mau kongsikan pula mengenai brownies..sekarang ni aku sudah mula jatuh cinta dengan brownies..aku suka mencuba resepi brownies yang baru aku dapat..aku suka dengan rasa dan pelbagai jenis brownies samada yang ada topping coklat atau tambah dengan cheese atau hanya tambahkan kekacang..menyediakan brownies pun agak mudah..

Kali ni aku buat The best chocolate brownies hasil aku intai blog Kak Fiza @ Fiza's cooking..thanx ya kak kerana berkongsi resepi. Resepi asal pula dari The frugal chef..apapun, brownies ni memang sedap..pekat dengan rasa coklat dan teksturnya yang kenyal..paling best makan panas-panas lepas keluar dari oven..rasanya memang mantap..kalau nda percaya, korang harus cuba ya..rasanya memang best macam nama brownies ni juga..hehe..^_^


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
THE BEST CHOCOLATE BROWNIES

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Jom kita lihat resepinya pula..mohon izin aku panjangkan resepinya di sini ya..

RESEPI: THE BEST CHOCOLATE BROWNIES
RESEPI ASAL: THE FRUGAL CHEF
SUMBER: FIZA'S COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
4 biji telur
2 cwn gula kastor
2 sk esen vanila
1 cwn mentega cair

BAHAN B:
1 1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung gandum
1 sk garam
Almond nib - optional
Walnut - optional
Coklat cip - aku tambah

CARANYA:
  1. Gris loyang dengan mentega dan letak baking paper.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur hingga pucat. Masuk gula kastor dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan mentega cair. Kacau.
  4. Masukkan serbuk koko, tepung gandum dan garam. Putar sekadar tercampur saja.
  5. Masukkan almond, walnut dan coklat cip.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180 C selama 45 minit.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Senang ja kan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey yang aku pek ni pula brownies yang sama aku buat..sebenarnya ni adalah brownies percubaan..buat pun saja-saja try resepi..oleh kerana banyak dan memang nda boleh habiskan di rumah..so, macam biasa aku bagi dengan makcik, sepupu dan anak buah aku makan..nda sangka pula dorang suka makan..hihi..ni yang aku suka ni bila makanan atau kek atau apa yang aku buat disukai ramai dan habis pula tu..syukur la..


Yang ni pula di order oleh sepupu, lepas merasa brownies yang aku bagi dorang tempohari buat dia teringin dan ketagih mau makan..so, gara-gara teringin punya pasal..sanggup order brownies yang sama untuk dorang bawa balik..thanx banyak-banyak..family aku adalah supporter aku yang paling terbaekk..selalu lepas rasa apa yang aku buat selalunya dorang akan order..termasuk la kek-kek birthday..tqvm..aku sayang korang semua!!


So, kalau anda juga berminat untuk menempah brownies atau sebarang produk kami, sila la hubungi kami menerusi email atau talian telefon ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp..tq

Thanx ya datang sini dan baca entri hingga habis..babai, wasalam.

13 comments:

  1. salam wana, macam sedappp he brownis ni thanks kongsi resepi nanti akak nak buat lah nak tambah almond banyak2 hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga kak..brownies ni memang sedap..nanti akak try la buat ya..

      Delete
  2. Mcm sedap je...simpan resepinya dulu ye..nnti bole try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kak syifa..nanti try buat ya..sedap tau brownies ni..

      Delete
  3. assalamualaikum....sedapnya..:)

    ReplyDelete
  4. salam singgah sedapnya brownies dah lama dah x buat brownies nihh...hiii... memang x jemu makan

    ReplyDelete
  5. thanx wani singgah sini..ha'ah kan..sedap makan brownies kan wani..

    ReplyDelete
  6. salam. sedapnyaaa lapar pulak tengok huhuhu

    ReplyDelete
  7. Salam kunjungan balas.. Terima kasih Bibie di atas kunjungan ke blog.. Brownies ni nampak sedap.. Kalau ada masa, ingat nak cubalah.. Semoga bisnes Bibie terus maju.. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga sudah berkunjung ke sini ya..ya, brownies ni sedap..nanti try la ya..

      Delete
  8. sambil jenguk blog bwana, terjumpa resepi brownies yg simple gini mmg nk try lah :) thanks for sharing resepi ya ^^

    ReplyDelete