KEK PISANG MARBLE SUSU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang teman-teman dan pengunjung setia blog Sweet red cherry..terima kasih banyak ya atas kunjungan anda semua..tanpa kalian semua siapalah SRC kan..tiba-tiba petang macam ni mood rajin mau mengupdate blog..hehe..

Okey la entri pada petang ni adalah Kek pisang marble susu yang aku buat hari tu..agak lama juga sudah buat kek ni tapi baru la dapat tayang hari ni..kek pisang memang sedap kan..aromanya yang wangi ketika dalam oven buat nda sabar mau makan kek ni..selalu juga aku buat kek pisang..tapi kali ni aku buat versi marble pula..hehe..sangat lembut kek ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK PISANG MARBLE SUSU
Resepi asal adalah dari Ros Jintan Manis..jom la kita semak resepinya dibawah ni pula..

RESEPI: KEK PISANG MARBLE SUSU
SUMBER: ROS JINTAN MANIS
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
4 biji pisang masak ranum
2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
secubit garam
Esen vanila/pisang - aku guna esen pisang
Sedikit choc emulco/serbuk koko
3 biji telur

CARANYA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Pisang dilenyek dan campur garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan pisang lenyek dan minyak masak. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan susu segar dan esen pisang.
  5. Kacau sebati guna spatula atau senduk kayu.
  6. Ambil 2 sb aduanan dan campurkan coklat emulco/serbuk koko. Kacau sebati.
  7. Tuang adunan dalam acuan. Curah adunan coklat dan lorek guna garfu.
  8. Bakar suhu 170' c selama 60 minit.
-Selamat mencuba-
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Buat hidangan minum petang pun sedap ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Baiklah, sampai jumpa lagi di entri yang lain pula ya..thanx sudi baca entri ni..see ya..-wasalam-

10 comments:

  1. mmm..daap..daapnyer..nak gak sepotongg!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..meh datang sini kalau nak sepotong..

      Delete
  2. Assalamualaikum...sedapnya nmpk kek pisang marble susu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..ha'ah sedap kek ni kak uj..

      Delete
  3. Assalam wana...wa nampak sangat gebu kek pisang marbble ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak lina..tq kak..heheh..

      Delete
  4. Kek pisang pun boleh dimarblekan..so nice..dpt ilham baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cheq da..menarik kan buat marble..cuba la nanti ya..

      Delete
  5. assalam. ni mel datang bertandang..kot2 ada sepiring dua..laparr ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mel..

      hehe..bleh ja datang sini..meh sini meh makan kek..hihi..

      Delete