MILK CUPCAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..selamat tengahari diucapkan buat semua pengunjung sweet red cherry..sekarang ni aku tengah berehat-rehat sambil update blog..belum lagi buat kuih/kek untuk jualan..penat baru sampai rumah lebih kurang 1 jam yang lepas setelah pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi jam 9.30 pagi tadi di Sk.Merintaman, Sipitang..em, lama juga la aku kena baris tadi coz aku kena di saluran 3 manakala mama di saluran 1 yang khusus untuk warga emas..so, kejap ja prosesnya tidak seperti aku yang kena tunggu lama di saluran 3 khusus untuk pengundi muda..ehem, muda ya..hihi..lepas mengundi singgah pegi kedai mamak kejap basahkan tekak..haus oh sebab hari ni cuaca agak panas..tekak pun kering..lepas tu pergi beli barang keperluan dan bahan untuk membuat kuih di supermarket..singgah lagi ke rumah makcik kejap baru balik rumah..adui, bepeluh-peluh sampai rumah..lunch pun belum lagi gara-gara kepenatan..

Baiklah, panjang pula aku melalut kan..hihi..ni mau kongsikan satu resepi yang telah aku cuba dari dapur CT iaitu Milk Cupcake..so, yummy..cupcakenya sangat moist tau dengan inti coklat di dalamnya memang sedap..

MILK CUPCAKE, RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), EACH

Untuk yang ingin mencuba, aku kongsikan resepinya di bawah ni..minta izin ya Kak CT untuk panjangkan resepinya di sini..

RESEPI: MILK CUPCAKE
SUMBER: DARI DAPUR CT
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 biji telur gred A
1/4 sk cream of tartar
1/2 sk esen vanila
75g gula kastor
15g tepung jagung
80g tepung gandum
1/2 sk baking powder
30ml mentega cair
80ml susu cair
1 sb coklat cip/kismis

CARA MEMBUATNYA:
- Pukul telur hingga ringan dan gebu. Masukkan cream of tartar dan esen vanila. Pukul lagi. Masuk gula kastor sedikit-sedikit dan pukul lagi sehingga sebati selama 2 minit.
- Masukkan tepung. Kacau guna whisk, tambah mentega cair dan susu selang seli. Kacau sempurna..tidak perlu lama.
- Sendukkan 3/4 cwn penuh dan tabur kismis/coklat cip atasnya. ( aku sudukan 1/2 adunan, pastu bubuh coklat cip dan tutup atasnya dengan adunan cupcake ).
Bakar selama 15 minit - masak, 160-170 degree.

-Selamat Mencuba-


Baiklah, aku akhiri entri ni dengan gambar jari aku yang bertanda dengan dakwat kekal sebagai bukti yang aku sudah pegi mengundi tadi..haha..jangan marah..

Hari ni memang ramai yang tayang jari dengan dakwat ni..banyak yang sudah post dan update gambar..okey la..jumpa lagi..bye -wasalam -

10 comments:

  1. comelnya milk cupcakes dia... alahai kejap je tahan dakwat undi tu... balik rumah kena air terus tanggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak amie..ya betul tu..dakwat cepat tanggal apatah lagi selalu kena air time buat kerja di dapur..

      Delete
    2. nampak mudah resepinya.nak cuba buatlah nanti!

      Delete
    3. hai suzana..

      okey..sila la copy n paste resepinya ya..tq

      Delete
  2. Banyak betul resepi yang sedap dan menarik di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai eyma..

      sila la cuba resepi yang dikongsikan tu ya..tq

      Delete
  3. Hi, Love your milk cupcakes. Looks delicious.
    Agak2 lima keping boleh juga, ha ha.
    Why you finger tu biru? Kena kepit pintu ke you dropped something heavy on it?
    Anyway, have a nice day, keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  4. kiut, simple & mesti sedap kan! nanti nak try.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..try la resepi ni..senang dan simple ja buatnya..tq

      Delete