MOIST BANANA MUFIN & CHOC.FILLING

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

Hai, selamat malam semuanya..hari ni agak kurang sihat sedikit..tekak ni rasa sakit menelan..hidung pula berair..dari kemarin lagi rasa kurang selesa ni..rasa lapar tapi apa yang dimakan rasa nda sedap pula..semuanya macam tawar..sudah minum panadol solebel yang mama belikan..mama risau kalau aku masih sakit lagi sebab minggu ni kami sangat sibuk membuat kuih-muih untuk jualan dan tempahan katering selama 3 hari nanti..agaknya kerana cuaca yang sangat panas sekarang ni menyebabkan sakit..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan resepi mufin yang mana resepi ni aku ambik dari blogger terkenal, sapa lagi kalau bukan Kak SitiDelima..kali ni aku mencuba Moist Banana Mufin..sebenarnya sudah banyak juga resepi beliau yang aku sudah cuba dan buat..memang suka sangat dengan hasilnya kerana menepati seleraku..memang benar mufin ni sangat moist dan sedap..apatah lagi aku bubuh choc.filling sebagai inti dalamnya..memang mabeles..hihi..untuk inti coklat aku buat sendiri dan resepinya adalah dari Anna Qawina & K.Nor secubit garam..memang best buat sendiri ni dan sedap tau..

 
MOIST BANANA MUFIN, HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), EACH


Okey ya, di sini aku sertakan resepi mufin dan filling coklat..jom la kita emak resepinya di bawah ini..

RESEPI: MOIST BANANA MUFIN
SUMBER: DARI DAPUR CT
 
BAHAN BASAH:
1 biji telur A-suhu bilik
75g gula kastor
1 sb madu ( aku x bubuh, x stok..hihi)
1 sb susu segar
1 sk esen vanila/pisang
90ml minyak
3 biji pisang-lecek halus
BAHAN KERING:
125g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bikarbonat soda
1/2 sk kayu manis serbuk ( x bubuh sebab kurang gemar baunya )
3 sb badam cincang-panggang 5 minit
30g coklat masakan-dadu besar ( aku guna choc filling )
CARA MEMBUATNYA:
  • Panaskan oven 175 degree.
  • Pukul gula dan telur hingga ringan dan berkrim.
  • Masukkan bahan basah dan putar low speed.
  • Tambah bahan kering dan kaup balik.
  • Sudukan 1/3 adunan, masuk filling di tengah dan sudukan lagi atasnya.
  • Bakar dalam oven selama 25 minit.
RESEPI: CHOC.FILLING/INTI COKLAT
SUMBER: ANNA QAWINA & K.NOR SECUBIT GARAM
 
BAHAN:
250ml susu sejat
180ml air suam ( kurangkan sikit sebab inti agak lembik )
125g gula halus ( tambah sikit utk.manis )
60g mentega
60g serbuk koko
40g tepung jagung
1 sk esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
  1. Campur susu, koko, air suam dan tepung jagung. Kacau.
  2. Tapis dalam bekas berisi gula.
  3. Kacau dan pekatkan atas api, api pelan.
  4. Kacau sampai pekat.
  5. Campur mentega dan esen. Kacau sebati dan tutup api.Sejukkan.
-SELAMAT MENCUBA-
 
So, sampai sini saja dulu entri pada malam ni..thanx kerana membaca..jumpa lagi ya..

10 comments:

  1. Assallamualaikum BBwana..

    Owh..org di sini pun sakit tekak juga ke.. Ramai juga kawan2 yg sakit tekak skrg ni. Agaknya sebab cuaca yg agak panas juga ni kot..

    Anyway, sedap kan kalau pisang dijadikan kek atau pun cup cake.. Lebih2 lagi ada inti coklat cam ni.. Syoknyaaa...

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam nadz..

    yalah..agaknya faktor cuaca panas sangat sekarang ni buat ramai yang sakit tekak..
    betul nadz..pisang ni macam2 boleh dibuat..ikut kreativiti dan kesukaan masing2 kan.

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi bbwana,
    yang ada banana memang sedap... harum semerbak, tak jemu makan!

    ReplyDelete
  4. hai kak..

    a'ah betul tu kak..pisang ni memang sedap buat apa ja kan..

    ReplyDelete
  5. musim demam skrg nie, cuaca panas terik, semoga sihat, banyak oder tu
    hhhmmmm sedapnya muffin pisang, kegemaran en.abg sy ba nie, tapi sshnya mau cari pisang walau pun tinggal dikampung..teringin mau mencubanya..

    ReplyDelete
  6. Salam ain..

    thanx ya ziarah rmh sya..sedap mufin ni Ain..try la buat nanti..
    Kalau mau banyak pisang sekeliling rmh sya ni Ain..ambik ja..hihi..

    ReplyDelete
  7. ucu pn smalam badan rasa mcm x sedap jer...tp kena gagahkn jugak sbb kena siapkn customer punya tempahan...kalau tidak mau dah selamat tiduuurrrr....

    cute jer muffin tu..ada lagi tak...?

    ReplyDelete
  8. betul tu ucu..kalau x kerana tempahan customer mau ja tidur sebab bdan yang kurang sihat ni..

    mufin dah abis la ucu..huhu..

    ReplyDelete
  9. salam kenal dan ziarah disini:) TQ tau sudi singgah dapur akk tue..kt sini pun resepi semuanye menarik..rajin btl la..:) happy cooking

    ReplyDelete
  10. hai..salam zila..thanx ya sbb ziarah rmh sya yang x seberapa ni..senang dpt byk kwn d alam maya ni..tqvm ya zila..

    ReplyDelete