MAGGI ASAM LAKSA CMG

Assalamualaikum w.b.t..

Salam jumaat semuanya..hari ni aku mau kongsikan entri tentang Maggi pula..hehe..semua orang pun suka makan mi maggi ni kan..hanya perlukan 2 minit untuk masak dan sudah siap untuk dihidangkan..bagi yang tengah lapar dan mau mengisi perut dengan segera..mi maggi adalah salah satu yang jadi pilihan ramai kan..begitu juga dengan aku..terdapat pelbagai perisa mi maggi ni..cara masak pun boleh dipelnagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Antara yang aku suka makan selain dari perisa ayam, aku suka asam laksa dan tomyam..

Pilihan yang aku kongsikan dengan kalian semua pada hari ni adalah Maggi asam laksa yang aku intai resepinya dari Dapur tanpa sempadan, blogger masakan yang sangat popular dan dikenali ramai..sebab tu la aku namakan resepi ni Maggi Asam Laksa CMG..apapun, thanx banyak-banyak atas perkongsian resepi ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
MAGGI ASAM LAKSA CMG
Hari tu tiba-tiba teringun mau makan maggi asam laksa ni..pikir-pikir mau ubah selera dari yang biasanya.so, lepas google..jumpa la resepi ni..memang sedap dan layan habis..

GAMBAR IHSAN GOOGLE
Aku sharekan resepi yang sangat mudah ni di sini dengan anda semua..cuma yang aku buat ni agak kekurangan bahan sedikit..apapun, rasa masih sedap dan habis juga semangkuk!hihi..

RESEPI: MAGGI ASAM LAKSA CMG
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 paker maggi asam laksa
1 biji telur
1 kelopak kubis daun, cuci & siang - aku guna sayur sawi
1/4 cwn nenas kuib - x bubuh
10 ekor udang sederhana - x bubuh
1/2 biji tomato - potong dadu
2 batang kacang buncis - x bubuh
1 batang serai - dititik
6 biji cili padi - dititik ( aku hanya bubuh sebiji ja..haha, aku x tahan pedas )
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca teh cili kisar - x bubuh
sedikit garam & gula
Air secukupnya
Hiasan: 
Hirisan daun sup - x bubuh
Hirisan halus timun
Bawang goreng
Belahan limau kasturi

CARANYA:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, serai dan cili padi hingga wangi. Tuang air anggaran 400ml.
  2. Masukkan perencah. Kacau dan biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan pecah telur. Masak dengan api yang kecil hingga telur mengeras.
  4. Tambah kubis, tomato, nenas, kacang buncis dan udang. Masak sekejap. ( kalau guna sayur sawi,  masukkan sawi paling akhir sekali ).
  5. Masuk maggi dan masak hingga lembut, tambah tomato dan rasa. Jika perlu tambah garam dan gula.
  6. Hias dengan daun sup, hirisan timun, bawang goreng dan belahan limau kasturi.
  7. Sedia dihidangkan. Sedap makan panas-panas.
-Selamat mencuba-



http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Camana, ada yang lapar tengok? heheh..^_^

Okey la ya, aku mau undur diri dulu..kita jumpa di lain masa pula ya..thanx for reading this entry..daaa..

6 comments:

  1. memang lapar la kalau tengok camni...

    ReplyDelete
  2. hehe..tu la kan..masakan simple macam ni pun kalau tengok buat lapar perut juga..

    ReplyDelete
  3. tulah kan kak..makan time panas-panas memang laju ja habis kan..heheh..

    ReplyDelete