ORDER APAM POLKADOT VERSI BAKAR UNTUK HANTARAN

Hai,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Selamat cuti hujung minggu diucapkan buat teman-teman dan pengunjung semuanya..kemarin aku sibuk sangat menyiapkan tempahan kek birthday dan apam..jadi memang nda sempat mau update blog sebab badan terlampau penat..nda larat mau menghadap laptop dan menaip..hehe..

Hari ni cuaca mendung saja di sini..mungkin hujan mau turun..nampaknya banjir di beaufort bertambah buruk bila hujan turun di kawasan Keningau dan Tenom menyebabkan air sungai padas melimpah dan mencapai paras bahaya melebihi 10 meter..banyak tempat dinaiki air termasuk la pekan beaufort, beberapa buah kampung dan sekolah..banyak pusat pemindahan telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir..anggota SMART juga bertugas menyelamatkan mangsa banjir. Kereta yang kecil memang la nda boleh lalu sebab air naik paras pinggang dan hanya lori dan beberapa kereta jenis hilux boleh lalu..tu pun mungkin orang yang nda sayang kereta..banjir yang menyebabkan banyak tempat terputus hubungan..dikatakan banjir terburuk dalam sejarah..selain beaufort, kawasan tenom dan keningau juga banjir teruk..apapun, marilah kita sama-sama berdoa moga air banjir cepat surut dan keadaan pulih seperti biasa..amin..

Okey la terus kepada entri hari ni iaitu Order Apam Polkadot yang ditempah oleh sepupu iaitu Rina untuk dijadikan hantaran pertunangannya dan untuk hidangan kepada tetamu yang hadir..dia request apam polkadot versi bakar..sebenarnya aku belum pernah lagi buat bakar ni sebab selalu kukus ja kan..so, ikut ja la macam yang di request oleh rina..apapun, alhamdulillah menjadi dan rasanya hampir sama macam kukus cuma tekstur apam macam cupcake..sangat moist..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cuma bagi pendapat aku, aku lebih suka versi kukus punya..sebab kalau bakar ni kaler apam tu akan berubah menjadi keperangan..so, kaler apam tu jadi nda berapa cantik..tapi ni kan request customer so ikut ja la..hihi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Color tema adalah biru purple..aku bubuh filling coklat, strawberi dan blueberi..box apam ni pula aku minta tolong Kak Adi gubahkan untuk aku..tqvm sis, cantikkan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Yang ni pula ditempah untuk hidangan pada tetamu yang hadir..banyak juga kuih/muih yang dihidangkan pada hari tu tapi aku nda  sempat ambik gambar..


Rina yang berbaju biru duduk atas pelamin yang sama kaler juga dengan baju..bersama barang hantaran dari pihak perempuan dan juga lelaki..apapun, tahniah diucapkan pada rina dan tunang..rombongan lelaki datang naik speed boat ke sini dari w.p labuan..

 Tersenyum gembira rina..


Sesi bergambar lepas sarung cincin..bergambar bersama mamanya yang berbaju biru, makcik dan ibu si tunang..hehe..

Okey la, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..thanx ya sudah baca entri hingga habis..jumpa lagi, sekian.



10 comments:

  1. salam bibi... cantik pelaminnya tu...

    nanti emailkan alamat dan no fon ya ke kemren0104@yahoo.com
    ada gift sikit *_*

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue..

    Terima kasih banyak ya..sya suda email awak..apapun tq.gift smpena apa tu cheq sue?

    ReplyDelete
  3. wah cantik lah Wana, dah pandai menggubah segala ni tahniah dari kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak..sya x la pandai sangat..masih dalam peringkat belajar ni..thanx kak noor..

      Delete
  4. Hi Bbwana,senang hati tengok kawan semakin maju...cantik2 semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rahel..rezeki kan..terima kasih banyak ya..

      Delete
  5. As-Salam Bbwana,
    cantik hantaran ni,tema kalernya sesuai betul.walaupun di bakar warnanya amat cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak su..

      thanx ya kak..ya kaler tema yang dipilih memang cantik kan..

      Delete
  6. assalam
    selamat pengantin baru wat pasangan
    sweet kaler biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..sweet kan..ni baru majlis tunang..insyaallah majlis kahwin mungin 8 bulan ++ lagi..

      Delete