KEK LAPIS SANDWICH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat malam semuanya..

Hari ni tiada idea mau cerita apa..otak agak 'blur' sikit..so, terus la kepada tajuk entri yang ingin aku kongikan dengan kawan-kawan dan pengunjung blog SRC semuanya iaitu Kek lapis sandwich. Kek sudah agak lama aku buat..sudah beberapa kali juga buat kek ni sebenarnya..Kek ni ala-ala kek lapis apollo la macam tu sikit-sikit..heheh..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK LAPIS SANDWICH
Kek ni dikukus dan tekstur kek lembut..memang sedap makan kek ni..apalagi bila bubuh jem atau filling yang digemari. Resepi kek ni aku ambik dari MyResepi..thanx ya kongsi resepi kek ni..bagi yang mau mencuba, sila semak resepi di bawah ni ya. Jom!

RESEPI: KEK KUKUS LAPIS SANDWICH
SUMBER: MYRESEPI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:

3 biji telur gred B
1 sk ovallete
30 g air
90 g gula kastor
100 g tepung naik sendiri
20 g susu tepung
30 g minyak masak
1 sk coklat emulco ( hiasan )
Jem/filling secukupnya ( strawberi/coklat/blueberi ) - ikut suka

CARA:
  • Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  • Pukul telur, gula kastor dan ovallete hingga putih dan pekat dengan kelajuan high speed.
  • Masuk tepung naik sendiri dan susu tepung. Pukul sebati.
  • Masukkan minyak masak dan kacau sebati.
  • Ambil 2 sudu makan adunan dan tambah coklat emulco. ( untuk lorek atas kek )
  • Tuang adunan dalam loyang yang telah digris dan alas dengan baking paper. Paipkan coklat sepanjang kek dan tarik lorekkan dengan menggunakan lidi untuk buat corak marble.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air menitis atas kek.
  • Kukus adunan selama 20 minit dengan api yang sederhana.
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Potong kepada 2 bahagian dan sapu jem/filling digemari.
-Selamat mencuba-

 Paipkan garisan panjang secara menyerong dan tarik lorekkan dengan menggunakan lidi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
perisa coklat

 Aku buat dua perisa untuk kek ni iaitu perisa coklat dan perisa strawberi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
perisa strawberi

Yang penting macam comel ja kan 'prop' di belakang kek ni..hehe, betul la tu..patung doraemon putri dan waie jadi mangsa untuk aku 'shoot' gambar kek kali ni..haha..

Okey la semuanya, aku mau undur diri dulu ya..mau 'momom' dan ready depan tv pasal mau tengok Anugerah MELETOP malam ni..hikhik..^_^. Babai..sekian.

4 comments:

  1. menariklah kek ni bbwana tengok malam2 ni jadi lapar lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak noor..

      kek ni sangat menarik kan..memang boleh buat orang yang tengok jadi lapar kan..heheh..

      Delete
    2. sangat menarik..terliur kak su,minta resepi ye.

      Delete
    3. terima kasih kak su..silakan dengan senang hati..^_^

      Delete