Segmen Jom Kongsi Tazkirah by BUDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hati tertarik sangat nak join segmen yang dianjurkan oleh BUDAK@HSB..di mana segmen ni kita boleh berkongsi takzirah, quote, ayat, sajak, lirik lagu yang penting ianya bermanfaat untuk dikongsikan bersama..

Jom la support dan ramai-ramai join segmen ni..semoga apa yang dikongsikan ada manfaatnya..

End: 22/02/2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://rainfallasleep.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-kongsi-tazkirah-by-budak_16.html
Di sini aku kongsikan tazkirah: 

DOSA KEPADA IBU BAPA

Bismillahirrahmanirrahim
Kuliah subuh dari surau – Ahad 17.01.2010
Dosa yang paling Allah percepatkan balasannya ialah dosa kepada Ibu bapa. Dosa yg Allah paling lewatkan balasannya ialah dosa Syirik.
Manakala terpercik sahaja rasa kecil hati ibu bapa kita terhadap kita, maka berdosalah kita.
Al Qamah ialah seorang sahabat Rasulullah s a w yang kuat solat berjamaah, puasa, zakat dan bersedekah. Semasa  sakratul maut beliau alami siksaan yg amat dashyat, tidak boleh mengucap, nyawanya tersekat dihalkum…tidak boleh keluar.
Selepas diadukan kepada Rasulullah s a w., perkara pertama yg ditanya baginda ialah…’Dimanakah ibunya?’…..Sama ada panggil ibunya itu kepadaku atau aku yg berjumpa dengan dengannya.  Oleh kerana Ibu Al Qamah berhemah tinggi dan beradab, walaupun terkedek2 bertongkat..beliau sendiri datang kepada Rasullullah.
Rasulullah bertanya kepada ibu Al Qamah apakah yg dilakukan oleh Alqamah (anaknya) itu sepanjang hidupnya. Ibunya berkata Al Qamah seorang anak yang baik, kuat solat, rajin berjamaah, kuat puasa , zakat, dan suka bersedekah..Mana boleh beliau itu berdosa…
Sabda Rasullullah….mana mungkin. Lantas Rasulullah arahkan para sahabat mengumpulkan kayu2 untuk membakar Alqamah ..daripada membiarkan beliau tersiksa menanggung sakratul maut. Ibu Alqamah merayu supaya jangan dibakar. Lantas Rasulullah..mendesak semula ibu AlQamah supaya mengingat-ingat baik2 semula apakah kesilapan Alqamah semasa hidupnya….
Maka tiba2 Ibu Al Qamah teringat….Oh Rasullullah…mungkin ada satu kali aku ada sedikit terasa hati iaitu apabila anak ku itu telah melebihkan isterinya daripada aku…jika itulah wahai Rasululllah dosanya pada ku…maka aku ampunkan dia…
Rasulullah s a w minta sahabatnya menyiasat kembali keadaan Al Qamah….maka dilaporkan Al Qamah telah dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan mati dengan sempurna.
Ketika diperkuburan Al Qamah Rasulullah s a w telah memberi  kuthbah/talkin/tazkirah….
“Barangsiapa telah melebihkan isterinya daripada ibubapanya..maka Allah melaknatinya”
Saya difahamkan bahawa hadis ini adalah hadis Qudsi. Hadis Qudsi adalah hadis yang paling kuat…selepas Al Qur’an.
Sekian buat kali ini yg sempat dikongsi...semoga sama2 direnungkan dan dipanjagkan..semoga kita sama2 mendapat rahmat. Amin.

(Sumber: tintarenungan.blogspot.com)

24 comments:

  1. Bagusnya segmen ni. Kita semua dapat manfaat. All the best, Wana :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak wana kerana sudi berkongsi tazkirah tentang dosa kepada ibu bapa ini. Moga kita sama-sama usaha untuk tidak membuatkan ibu bapa kita berkecil hati. Sesungguhnya redha Allah itu dtg setelah redha ibubapa kepada kita.

    Terima kasih sebab sudi join :)
    May Allah bless ^^

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen wana.

    Bagus tazkirah ni. Perasaan mak harus dijaga spy dia x tersinggung dan berkat hidup kita insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. sy dapat buat refleksi diri yang Allah bagi kelebihan sama rata pada lelaki dan perempuan. contohnya, lelaki tak banyak bahagian badan yg aurat perlu dijaga. tapi mereka ada tanggungjawab besar utk keluarga :)

    ReplyDelete
  5. Salam singgah pagi dik wana...Alhamdulillah...semoga kita semua sentiasa menghormati kedua ibubapa kita...jangan buat mereka berasa sedih...semoga berjaya dik wana...

    ReplyDelete
  6. selamat bersegmen!
    nk join jgk segmen ni tp tgh cr idea ni.. huhu

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang baik Kak Wana :) Selamat bersegmen..Nanti nak join jugak segmen HSB ni :)

    Gudluck ye :)

    ReplyDelete
  8. Segmen yg menarik Yan - pilihan tazkirah juga terbaik.
    Biarpun ianya tazkirah yg sering diulang-ulang tapi utk dijadikan peringatan sangat baik pada dunia akhir zaman ini sebab kita lihat ramai yg telah 'lupa' benda besar ini yg sering dipandang remeh.

    ReplyDelete
  9. Sorry kakak tersilap nama pulak dah Wana
    Bercelaru kakak ni..:(

    ReplyDelete
  10. singgah sini..

    wah,segmen yang unik..lain daripada yang lain..

    ReplyDelete
  11. Segmen yg unik sgt...bgs2..
    Sebarkan kebaikan... :)

    ReplyDelete
  12. segmen yang bagus, unik dan lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  13. Selamat bersegmen sis :) peringatan yg sgt baik.

    ReplyDelete
  14. salam sis. blogwalking dari segmen yang sama. thanks atas perkongsian tazkirah awk..peringatan yang mendalam sangat. jom ke sini pulak k.. selamat bersegmen. =)

    http://the-red-heart.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-kongsi-tazkirah-by-budak.html

    ReplyDelete
  15. salam sis. blogwalking dari segmen yang sama. thanks atas perkongsian tazkirah awk..peringatan yang mendalam sangat. jom ke sini pulak k.. selamat bersegmen. =)

    http://the-red-heart.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-kongsi-tazkirah-by-budak.html

    ReplyDelete
  16. wah. best nya segmen ni.. dr kakak budak.:)

    ReplyDelete
  17. segmen yang best dan super ohsem! nanti nak try join jugeee ^^

    ReplyDelete
  18. Kena buat tazkirah ye.
    Harap sempat dengar tazkirah n share kat segmen ni :)

    ReplyDelete
  19. menarik segmen ni..dapat manfaat dan pahala kalau sebarkan benda yg baik kan

    ReplyDelete
  20. best best.. CT suka tazkirah bentuk2 cerita macam ni.. ada mesej yang nak disampaikan..
    memang kita kena buat baik kat parents no matter apa sekali pun.. yg dah banyak susah payah untuk kita.. smoga Allah sentiasa merahmati our parents =)

    ReplyDelete
  21. Bagus segmen ni. Banyak manfaat. Tak sempat nak join.

    ReplyDelete