KEK KUKUS VELVET PELANGI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hello semua..selamat malam..baiklah, untuk malam ni pula aku ingin kongsikan gambar kek yang aku buat baru-baru ni. Ni adalah antara kek yang aku jual di pesta jualan yang pernah aku ceritakan sebelum ni..Entrinya adalah Kek Kukus Velvet Pelangi..yang mana sebelum ni aku pernah siarkan kek ni..tapi, untuk kali ni kek ni aku tidak kukus secara selapis demi selapis tapi aku hanya kukus lapisan putih iaitu vanila terlebih dahulu, kemudiannya aku lapiskan beberapa adunan warna sekaligus iaitu purple-yam,hijau-pandan,pink-strawberi,kuning-jus lemon..kemudian terakhir sekali baru lapis dengan lapisan vanila..dan begini la hasil kek aku..

KEK KUKUS VELVET PELANGI

Kek ni agak moist dan mempunyai perisa yang pelbagai dalam 1 biji kek..

Anda boleh menghantar sebarang komen dan sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin menempah apa saja produk kami, sila email dan telefon saja nombor kami yang tertera di atas. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment