KEK ZEBRA MAMBOKU YANG KURANG MENJADIK..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, salam manis dan ceria diucapkan buat semua yang mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini..kami amat menghargai kunjungan kalian..dan harap anda sudi menjadi follower kami..baiklah, pada petang ini aku ingin kongikan gambar kek yang aku buat baru ni..entrinya adalah Kek Zebra Mambo..dari nama kek ja memang la sangat menarik kan tapi hasil kek yang aku buat tidaklah menjadi seperti yang aku harapkan..uwaa, geram juga rasanya tapi yalah ni first time aku mencuba resepi tersebut so, masih ada kekurangan lagi..Mau bagitau, resepi ni aku dapatkan dari blog sorang blogger yang aku amat kagumi kerana hasil-hasil kek yang beliau hasilkan cantik2 belaka..beliau adalah Kak Ita @ Masam Manis..resepi beliau kongsikan di Ebook beliau yang baru dilancarkan baru-baru ni..apapun sangat terima kasih pada Kak Ita kerana bekongsi resepi dengan yang lain..

Jom la kita lihat gambar kek yang aku buat..

KEK ZEBRA MAMBO

Aku tidak puas hati dengan corak yang terhasil..kerana sepatutnya corak coklat tu kecil ja jadinya..aku yang suda terlebih picit adunan coklat tu..sedangkan yang aku buat ni coraknya besar..


Mengikut resepi asal, adunan putih tu kena bubuh dengan sunquick..memandangkan aku tiada stok sunquick maka aku hanya bubuh esen oren ja..bagaimanapun, bagi aku ianya tidak menjejaskan rasa kek ni..tetap sedap..tapi, kalau ada sunquick lagi sedap..hihi..

Kek ni teksturnya agak ringan dan lembut..pastinya sedap..Lepas ni mau buat lagi dan harap jadi seperti yang sepatutnya..

Okey la semua, kita jumpa lain entri ya..terima kasih kerana membaca hingga ke akhirnya..-wasalam-

No comments:

Post a Comment