BISKUT BANGKIT CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua..hari ni aku ingin kongsikan satu resepi biskut yang sedap iaitu Biskut bangkit cheese..memandangkan hari raya aidiladha tidak lama lagi ni, mana tau ada yang terpikir dan sedang mencari resepi biskut yang sedap untuk dihidangkan pada hari raya nanti..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat ni masa hari raya puasa yang lepas sebab rasa tertarik sangat dengan biskut ni sebab apa tau..sebabnya biskut ni ada cheese..hikhik.maklumlah pencinta cheese macam aku ni semua makanan yang ada cheese memang menarik minat aku..tekstur biskut memang sangat ranggup..harus try!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: BISKUT BANGKIT CHEESE
SUMBER:ALONGROZ
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250g mentega
180g gula icing
2 biji kuning
250g tepung ubi - disangai 10 minit
225 tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/4sk garam
70g parutan cheddar cheese
sedikit parutan keju-hiasan

CARA:
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul sebati.
  • Masuk bahan-bahan kering.
  • Canai dan terap ikut acuan kesukaan masing-masing.
  • Taburkan parutan keju atas nya.
  • Susun dalam dulang pembakar yang di alas dengan baking paper.
  • Bakar 160'C selama 15 minit.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cepat ja habis biskut ni..suka sangat makan..insyaallah pada tahun depan aku akan buat 'open order' untuk biskut ni..sebab hari raya yang lepas ada permintaan terhadap biskut ni..apapun, terima kasih ya..

Okey, sampai sini saja entri pada hari ni..jumpa lagi ya..insyallah aku akan balas kunjungan ke blog kawan-kawan yang tinggalkan banyak komen di sini..labiu!!!

Selamat berhujung minggu..sekian, wasalam.

5 comments:

  1. Singgah petang Wana..biskut bangkit cheese...sedap tu,teringin pulak nak buat..hehe...terima kasih Wana kongsi resepi ni....

    ReplyDelete
  2. pernah makan biskut ni. Sedapp! Tapi makan 3-4 biji dah muak. Hikhik

    ReplyDelete
  3. wana, sy tag wana kali ni.
    jom join sama. :)

    http://farhana-mohamad.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

    ReplyDelete