LIEBSTER AWARD TAGGED BY FARRAH MF

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini merupakan kali-3 aku kena tag untuk award..apapun, terima kasih banyak pada Farrah MF ..

 


PERATURAN LIEBSTER AWARD:
  1. Namakan blogger yang telah mencalonkan anda dan letakkan link beliau dalam post anda.
  2. Letak gambar award tersebut dalam post ada
  3. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  4. Nyatakan 11 perkara tentang diri anda.
  5. Senaraikan 5-11 blog yang lain dimana followersnya kurang dari 1000.
  6. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut
  7. Tuliskan peraturan liebster award dalam blog anda.
  8. Maklumkan kepada blogger tersebut.

11 soalan daripada Farrah MF:

Adakah anda pernah alami/berdepan dengan sebarang fobia? Mengapa? 

 Saya pernah kemalangan kereta beberapa tahun yang lalu tapi alhamdulillah tidak la teruk, cuma kereta saja yang kemik bahagian depan..sempat fobia juga nak bawa kereta dan lalu di jalan itu..huhu..

 Apakah 3 benda yang anda tidak akan keluar dari rumah tanpanya?

 Wallet yang mengandungi ic, lesen dan duit. Handphone dan bedak compact.

3 perkataan yang menggambarkan diri anda.

Suka baking, suka kucing dan suka kaler putih dan pink.

Seseorang yang sentiasa memberi inspirasi pada anda.

My fiancee, dia banyak bagi inspirasi dan semangat buat saya untuk berubah menjadi lebih baik selain keluarga.
 

3 sifat baik yang membuatkan anda suka berdamping dengan seseorang. 

 suka layan aku bercerita, menjadi pendengar yang baik dan tidak suka hebahkan rahsia

Anda akan tersenyum seorang diri apabila,..

 Bila terkenang memori indah bersama insan yang disayangi. ^_^

Apa yang mudah buat emosi anda tersentuh?

Bila ada orang yang sengaja cari pasal dengan aku walaupun sudah tau aku tak nak gaduh dan anggap aku pengecut!!! Padahal aku bukan takut, cuma tidak mau panjangkan lagi masalah..lebih baik diam kan..
 

Satu lagu yang anda tidak akan muak dengar sampai bila-bila. Mengapa?

Apa ya?..hihi, (tengah remain balik otak nih)..rasanya lagu 90-an kot sebab aku membesar dengan lagu2 pada tahun tu..

 

3 makanan yang anda tidak akan tolak.

Nasi ayam  masakan mama, soto dan cheese cake.

Filem yang betul-betul meninggalkan impak pada diri anda.

 Filem 2012 yang mengisahkan tentang kejadian tsunami..memang sangat menginsafkan..

Apa yang anda ingin capai 5 tahun dari sekarang.

Mempunyai kedai kek, sudah berkahwin, ada rumah sendiri, ada bisnes lain selain kedai kek, punya keluarga bahagia..insyaallah, amin.


Berikut adalah blogger bertuah yang di tag:

Ini 11 soalan dari saya:

1. Apakah hobi anda pada masa lapang?
2. Pertama sekali yang anda buat bila bangun pagi?
3. Apakah breakfast kegemaran anda?
4. Bila kali terakhir anda bersenam?
5. Jika anda seorang jutawan, apa yang anda buat?
6. Anda punya BFF? Namakan.
7. Kaler baju yang anda suka pakai?
8. Apa yang anda paling tidak suka buat?
9. Kenapa anda berblog dan siapa teman rapat dalam dunia blogging ni?
10. Apakah pendapat anda tentang blog saya dan apa yang anda suka baca?
11. Sila berikan ucapan anda buat saya..


Sekian, itu saja soalan saya..pada kawan-kawan yang di tag dan sudi jawab soalan dan buat entri tentang liebster award ni terima kasih banyak ya..korang memang sporting!!!!

Bye, jumpa lagi.


8 comments:

  1. Semoga apa yang dihajati tercapai.
    Singgah sini dan follow...;-)

    ReplyDelete
  2. Salam Bbwana.... akak ada tag Bbwana kat sini

    http://dielacraft.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    Selamat bersegmen.

    ReplyDelete
  3. semoga semua impian cepat2 tercapai ye.... insyaallah... :D

    ReplyDelete
  4. Semoga apa yang diimpikan termakbul.. all the best ya..

    ReplyDelete
  5. Thanks sudi jawab soalan2 tu. Saya doakan setiap target 5 tahun tu bakal jadi kenyataan :)

    ReplyDelete