Maaf la ya, malam baru post entri baru dan hari ni aku tiada buat aktiviti blogwalking..siang tadi aku agak sibuk sedikit membuat kuih-muih jualan untuk hantar ke restoran biasa yang kami hantar dan aku sibuk dengan projek 'meroti' aku..insyaallah aku kongsikan entrinya nanti ya..tunggu tau!!!
Malam ni aku ingin kongsikan menu minum petang kami tadi iaitu Fritters kentang yang semakin menjadi fenomena sekarang ni..sana-sini teman blogger tayang fritters kentang yang dikatakan ranggup dan sedap ni buat aku teruja ingin mencuba juga..
Fritters kentang ni dikenali juga sebagai jemput-jemput kentang..kalau disini dikenali juga sebagai 'laksamana mati dibunuh'..dasyat tau..huhu..aku tanya mama kenapa nama kuih ni dipanggil macam tu..mama cakap sebabnya kentang tu dipotong cincang-cincang..haha..nama ja ngeri tapi rasanya sangat sedap apalagi cicah sos cili..ranggup di luar, lembut didalam..
Thanx pada penyumbang resepi asal..tapi untuk resepi ni aku intai dari blog Kak Ina KL. Jom kita lihat resepinya..
RESEPI: FRITTERS KENTANG
SUMBER: KAK INA KL
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
3 biji kentang ( sagat halus )
4 sb tepung jagung
3 sb tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang / daun sup
Serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
CARA:
- Satukan kentang yang telah disagat, tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak leper, balik-balikkan, tunggu sampai masak atau kekuningan.
- Toskan dan sedia dihidangkan.
Okey la, mata pun rasa macam dah malap macam lampu tidur..heheh..jumpa lagi di entri yang lain..terima kasih kerana membaca..dadaaa..
-Wasalam-
Nampak sangatttt rangup tu wana..
ReplyDeleteKak lina pun dah terjebak ngan fenomena potato fritters ni tp snap picas jer..
Sedap kan..krup krap
Ha'ah Kak lina..makan memang sampai x henggatt kan..heheh..
DeleteAlamak, tragisnya nama!
ReplyDeleteAkak nak cuba buatlah Laksamana Mati Dibunuh ni :)
haha..nama ja tragis kak farah tapi rasanya sedap tau..^_^
Deletesedapnya!
ReplyDeletenak try la jugak nanti.
wana, for you.
http://farhana-mohamad.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-wana-ieka.html
ok farhana cayang..thanx ya..
Deletefuhhh memang nak try... sha memanglah penggila kentang.....
ReplyDeleteAssalamualaikum dan singgah pagi Wana....nampak memang ranggup kentang tu...
ReplyDeleteSedapnya ni ... makan waktu petang sambil minum kopi .... nyaman :)
ReplyDeleteDah jadi viral dah kan resepi ni..masih x terbuat buat lagi...:)
ReplyDeleteKita pun dh kena dgn fenomena potato fritters niih..dh 3 4 bt..seisi rumah suka ^__^..
ReplyDeleteOhh, baru tau. nanti nak try buatt~ hehe, XD
ReplyDeleteSedapnya! nak kena try nih.
ReplyDeletehahahahah....nama tu takut lak akak dengar ... pepun mmg sedap kann... akak buh lebih tepung sikit.. hahah biar kasi kenyang sket perut
ReplyDeleteperghh siap ada pakej dengan kopi panas tu... sedappp nyerr.... memang lately banyak btul yg share pasal resepi nie... :)
ReplyDelete