Hai..hai..kita bertemu kembali..hem, aku sedang berehat santai ni tguk sinetron kegemaran aku sekarang ni..apalagi kalau bukan Sinetron Yusra & Yumna..suka tguk semua pelakon-pelakon sinetron ni..sambil-sambil tu menyempat juga update blog..hihi..
BINGKA CREAM CRACKERS |
Entri kali ni adalah Bingka Cream Crackers yang aku buat baru-baru ni..sebelum ni aku pernah juga buat bingka cream crackers ni tapi kurang menjadi la..kali ni aku menggunakan resepi yang lain pula dan alhamdulillah kali ni menjadi..yeah..suka..suka sangat.hihi..aku menggunakan roti cream crackers cap ping pong yang mana biskut ni dikisar halus bersama tepung..sedap la bingka ni..wangi biskut..
Selalunya bingka ni orang akan bubuh flavour pandan untuk rasa wangi dan juga warna hijau..tapi, aku hanya bubuh pewarna kuning ja. Apapun bingka ni memang sedap..
Biasanya bingka cream crackers ni di tabur dengan bijan di atasnya tapi sekiranya tiada stok bijan..tidak mengapa juga kalau tidak tabur..tiada masalah pun..tidak menjejaskan rasa bingka yang sememangnya sedap ni.
So, kita jumpa next entri pulak..bye..
So, kita jumpa next entri pulak..bye..
No comments:
Post a Comment