Hai, selamat petang semuanya..petang ni cuaca agak panas kan..berpeluh-peluh aku dibuatnya menyiapkan order2 dan jualan aku kerana hari ni semua tu mesti siap...sekarang ni aku rehat la kejap sambil update blog...hehe..
KUIH LAPIS 3 WARNA |
Untuk petang ni entri aku adalah kuih yang pertama kali aku buat dalam seumur hidup aku iaitu 'kuih lapis 3 warna'..eii, teruk betul kan bunyinya..hihi.. dan yang buat aku gembira tu adalah kuih yang first time aku buat ni menjadi..yahoo..lepas ni memang aku akan selalu la buat kuih macam ni lagi..sebab untuk kuih-muih jenis ni aku kurang 'expert' dan baru mau belajar sambil meningkatkan lagi kebolehan aku untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih samada moden mahupun tradisional..kesedaran ni timbul apabila kami mula menerima tempahan harian dari 'kantin sfi' dan kami la yang suka hati menetapkan kuih apa yang perlu dibuat setiap hari. So, supaya kuih kami tidak memboringkan maka kami akan memvariasikan kuih-muih kami ni..sebab tulah sampai sanggup belajar buat kuih begini..sebelum ni aku kurang 'confident' untuk buat kuih tradisional.
Potongan kuih aku masi tidak kemas..sememangnya aku perlu banyak lagi belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri aku..selain belajar sendiri, aku akan minta tunjuk ajar dan panduan dari mama (Pn.Norsiah)dan makcik ( Hjh.Aishah)terutama sekali kerana beliau memang 'champion' dalam pembuatan kuih-muih tradisional ni.
Berbalik kepada kuih lapis 3 warna ni..ia juga ada 3 rasa dimana lapisan kuning berperisa pisang, lapisan hijau perisa pandan dan lapisan putih adalah santan..so, kuih ni memang sedap..mama pun puji juga untuk hasil kerja aku yang pertama ni..hehe.walaupun potongan kurang kemas tapi aku tetap bersemangat untuk menghasilkan lagi kuih tradisional yang terbaik lagi selepas ni..
No comments:
Post a Comment